Salam sahabat2 semua..lama jugak la tak bersiaran..bulan puasa ni pun asyik2 bz je, taktau lah apa yang dibzkan.
Aritu buat jelly bandung cincau ni..kali ni dah 2 kali la kiranya buat jelly ni. Buat apa yang anak2 suka je, kalau masak benda2 yg diorang tak suka, jenuh kita pulak nak kena perabih. Guna resepi matgebu.
Bahan-bahan :
- 1 peket serbuk agar2 (10 gram)
- 200 gram gula
- 800 ml air
- 250 ml susu cair
- 3 helai daun pandan
- 3/4 sudu teh pati sirap rose (main agak2 je ikut sedap mata tengok pink tu camana)
- 1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2
Caranya :
- Satukan semua bahan2 kecuali cincau. Kacau dengan 'whisk' hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
- Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalam acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan di dalam peti sejuk. Sejukkan jelly tu sehingga betul2 dah keras. Bolehla dihidang sebagai pencuci mulut.
**saya masukkan kiub cincau siap2 dalam bekas acuan, kemudian baru sendukkan cecair jelly tu. Senang sangat kan nak buat jelly ni.
No comments:
Post a Comment