Thursday, November 17, 2011

AYAM MASAK MERAH

Jom kita layan Ayam Masak Merah versi buku senangnya memasak AYAM bersama Chef Hanieliza...sedap dimakan, senang dimasak...sangat sesuai digandingkan dengan nasi tomato ke, nasi beriani ke atau nasi putih biasa.


Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit

Bahan B (Dikisar)
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato

Caranya :
  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
  3. Masukkan ayam (yang sudah digoreng), sos tomato, bawang besar, garam dan gula.
  4. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  5. Hidangkan dalam pinggan.

Tips :
Bagi mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang, simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang juga lebih mudah dan cepat dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN