Rasanya ramai yang dah expert kot nak buat sup ayam. Sesaja nak letak jugak resepi sup ayam mudah untuk menu anak-anak ni. Jom layan!!
Sumber : Panduan pemakanan anak sihat & pintar
Bahan-bahan :
6 ketul isi ayam
1 liter stok ayam (kiter letak kiub ayam je)
2 biji bawang besar - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang carrot - potong dadu
3 batang saderi - potong kecil
2 biji kentang - potong dadu
garam & minyak secukupnya
Caranya :
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang bersaiz sederhana dengan api yg sederhana. Tumis bawang besar & bawang putih yg sudah dihiris td. Biarkan garing atau sehingga bawang berubah menjadi warna kekuningan.
2. Masukkan stok atau air rebusan ayam dan isi ayam yg sudah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan mendidih & kacau sekali sekala. (Kalau guna kiub ayam, masukkan air dulu then kiub)
3. Selepas itu, masukkan batang saderi & carrot. Biarkan mendidih lagi.
4. Masukkan ubi kentang & kacau lagi. Biarkan semua bahan masak.
5. Setelah semuanya empuk, perlahankan api dan biarkan sup mendidih lagi selama kira2 10 minit.
6. Siap. Sup ini lebih sedap jika ditaburkan sedikit daun sup & daun bawang ke atasnya.
7. Selain daripada dimakan bersama nasi putih, sup ini juga boleh dimakan bersama bubur nasi.
Selamat Mencuba !!!
No comments:
Post a Comment