buat 2 ketul je tadi..tak cukup la pulok. Anak2 suka..
baru lepas angkat & potong..panas2 lagi nih
Bahan-bahan :
150g daging cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 sudu kecil serbuk kari (bancuh dgn sedikit ait)
carrot/kentang- potong dadu kecil (buat kali ni tak letak, next time nak try letak la)
garam dan sedikit gula
2 biji telur
daun sup - dicincang halus
minyak @ butterroti hotdog (saya guna brand gardenia)
sos cili/tomato dan mayonis
Cara membuatnya :
- Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot/kentang. Masukkan bancuhan serbuk kari tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
- Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi (langkah 1) dan juga daun sup. Kacau.
- Panaskan butter/minyak dalam kuali. Tuangkan telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letakkan di atas telur tadi. Kalau kuali besar boleh buat banyak2 sekali. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
- Paipkan sos dan mayonis. Boleh letak salad dan sebagainya kalau nak. Kemudian tutup roti tu. Potong dan siap. Bolehlah dihidang dan makan nyam nyam.
No comments:
Post a Comment