Bahan A :
- 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
- 2 sudu makan pes tomyam
- 5 helai daun limau purut
- 1 sudu makan jus limau nipis atau limau kasturi
- 1 biji tomato (dipotong 6)
- 2 biji limau kasturi
- Aluminium foil
Bahan B (dikisar) :
- 2 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 3 batang serai
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Caranya :
- Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
- Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
- Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
- Perahkan limau semasa menghidang.
Syedap tul bau... pes tomyam memang menyelerakan... masam2 n rempah... nak join..
ReplyDeletesedap awak..nak buat pun senang..
ReplyDelete