Saturday, July 10, 2010

JANGAN MUSUHI KARBOHIDRAT WALAU BERDIET

Hari ni nak share sedikit info diet untuk tatapan kita bersama. Dipetik dari majalah mingguan wanita 11-17 Jun 2010. Info pendek2 cenggini rajin jugak la nak taip, kalau panjang berjela tak larat la nak ngadap lama2 kat depan laptop ni, kang spelling semua berterabur pulak. Sama2 kita manfaatkan info ni ye :)

Ramai yang dalam proses diet memusuhi karbohidrat. Mereka menganggap karbohidrat menjadi penyebab berat badan meningkat menjadi-jadi. Bagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa salah satu jenis karbohidrat iaitu RESISTANT STARCH banyak membantu menurunkan dan mempertahankan berat badan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah memilih karbohidrat yang betul. Berikut diberikan beberapa jenis karbohidrat yang boleh membantu turunkan berat badan anda :


KENTANG
Kentang kaya dengan vitamin C, kalium dan 'resistant starch'. Sebiji kentang berukuran sedang mengandungi sekitar 26 gram karbohidrat. Bentuk karbohidrat paling banyak dalam kentang adalah zat tepung (starch). Sebahagian zat ini tidak boleh dicerna oleh enzim2 di dalam perut dan usus kecil sehingga biasanya mencapai usus besar dalam keadaan masih baik lagi.

Resistant starch ini dinyatakan mempunyai kesan fisiologi dan manfaat sihat yang sama dengan serat. Ia membanyakkan tinja, mencegah kanser kolon, memperbaiki toleransi glukosa dan sensitiviti insulin, menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida, membuat rasa kenyang serta mengurangi simpanan lemak.


PASTA
Pasta juga mempunyai resistant starch. Cuba ambil mi yang dibuat daripada tepung kacang buncis untuk mendapatkan kandungan serat ekstra.



STRAWBERI
Buah berwarna merah dan berbentuk seperti hati ini kaya dengan vitamin C, serat, folat dan kalium. Disebabkan ia kayan dengan gula semulajadi, strawberi sangat sesuai untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis.


JAGUNG
Untuk memenuhi keperluan karbohidrat kompleks, anda boleh mengambil beras merah yang dicampurkan dengan jagung. Selain mengandungi karbohidrat, jagung juga kaya dengan nutrisi lain seperti kalsium, serat, lemak, folat, besi, magnesium, niasin, fosfor, kalium, protein, gula, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.
Kandungan serat dalam jagung membantu menurunkan kolesterol dan mengurangi risiko kanser kolon. Selain itu, jika diambil dalam jumlah yang sederhana, jagung juga bermanfaat bagi pesakit diabetes. Kandungan folat di dalamnya juga amat penting terutama pada waktu2 kehamilan.
Di samping itu, kandungan thiamine dalam jagung juga dikatakan membantu proses metabolisme karbohidrat. Ambillah jagung secara teratur dalam jumlah yang sederhana untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular.



UBI BIT
Ubi ini merupakan salah satu pilihan makanan sumber karbohidrat kompleks yang boleh menjadi pilihan anda. Ia tidak hanya sesuai diambil dalam bentuk jus tetapi juga boleh dipanggang, dikupas dan seterusnya ditaburi minyak zaitun serta cuka. Selain mengandungi besi, ia juga mengandungi asid folat dan juga serat.


KACANG POLONG
Kacang ini kaya dengan serat, protein dan 'resistant starch'. Satu cawan kacang polong masak mengandungi 9 hingga 13 gram serat. Kandungan serat larut di dalamnya membantu menurunkan kolesterol.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN