Dah 'ter'beli taugeh kena la ninjau2 resepinya pulak. Selak2 buku dunia masakan chef sabri jumpa resepi ni. Menarik!! Sedap gak..resepi dia untuk 8 orang makan, kalau nak buat sikit kena adjust2 sikit la ye.
Bahan-bahan (hidangan untuk 8 orang makan):
- 600 g taugeh
- 100 g cendawan shitake
- 80 g cendawan butang
- 80 g cendawan hitam (cendawan ni je saya ada)
- 100 g lobak merah - dihiris halus
- 80 g daun bawang - dihiris panjang
10 g bawang putih - dicincang - 15 g halia - dicincang
- 20 g cili merah - dihiris
- 4 sudu makan sos tiram
- 8 sudu makan kicap cair
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
- Campurkan kicap, sos tiram, sedikit air, halia, bawang putih, garam dan gula.
- Sementara itu, letak sayur-sayuran di atas pinggan yang hendak dikukus dan tuangkan campuran kicap tadi.
- Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 10 minit.
AGAR TAUGEH LEBIH TAHAN LAMA
"Rendamkan taugeh bersama asam keping di dalam bekas yang mengandungi air dan simpan di dalam peti sejuk"
No comments:
Post a Comment