Friday, July 9, 2010

TELUR GAYA MAHARANI

Lauk tambahan..simple tapi nak buat tgk resepi gak hihi..refer buku resepi Dapur Xpress Chef Kamarul. Lauk tak pedas camni seisi rumah boleh makan, si kecik pun layan..


Bahan A : Telur Hancur
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 10 gm daun bawang (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 sudu besar air
  • garam dan lada putih secukup rasa

Bahan B : Sampingan

  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 20 gm ikan bilis
  • 2 biji ubi kentang - dihiris nipis
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 tangkai cili merah
  • 30 gm bawang goreng
  • garam, gula dan lada putih secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 10 gm daun bawang - dihiris

Cara membuatnya :

Bahan A
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan daun bawang, cili merah, air, garam dan lada putih.
  2. Pukul sebati dan goreng menggunakan mentega dan sentiasa kacau sehingga telur masak.
  3. Angkat dan alihkan.

Bahan B :
  1. Gaulkan ubi kentang bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing dan masukkan ikan bilis dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah digoreng, cili merah dan juga telur tadi.
  4. Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan bawang goreng.

"Kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi dalam hidangan ini menjadikannya sangat sesuai dimakan semasa waktu sahur pada bulan Ramadan. Ini bukan sahaja menambah selera malah dapat membekalkan tenaga sepanjang hari"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN