Friday, November 25, 2011

IKAN BAKAR TOMYAM

Menu ni dah 2x buat...bagi penggemar tomyam, selain boleh dibuat sup, masak ikan bakar tomyam cenggini pun best...yang penting senang nak buat :)
Resepi refer kat buku senangnya memasak bersama Chef Hanieliza...

gambar selalu tak glamer tau

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kasturi
  • Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalm kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang. Time nak makan aritu, bila bukak je aluminium foil tu pergghh memang mengancam la bau dia.

Thursday, November 17, 2011

AYAM MASAK MERAH

Jom kita layan Ayam Masak Merah versi buku senangnya memasak AYAM bersama Chef Hanieliza...sedap dimakan, senang dimasak...sangat sesuai digandingkan dengan nasi tomato ke, nasi beriani ke atau nasi putih biasa.


Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit

Bahan B (Dikisar)
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato

Caranya :
  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
  3. Masukkan ayam (yang sudah digoreng), sos tomato, bawang besar, garam dan gula.
  4. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  5. Hidangkan dalam pinggan.

Tips :
Bagi mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang, simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang juga lebih mudah dan cepat dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Tuesday, July 12, 2011

PASTA SPAGHETI SIMPLE

Tengahari ni layan pasta jerr..
Senang, cepat dan anak2 pun suka..
kurang tahap sepahan kalau makan heheh

Bahan-bahan :
  • Pasta (saya guna spiral, anak2 senang nak makan)
  • bawang putih - cincang
  • bawang besar - potong dadu
  • daging cincang
  • hirisan sosej
  • brokoli (potong kecik2)
  • Sos Prego
  • sedikit Italian herbs
  • serbuk black pepper
  • sedikit garam dan gula
  • minyak zaitun untuk menumis
  • Cheese slice (takde cheese parmesan bagai)
**Kalau ada cendawan butang lagi best.

Caranya :
  1. Rebus pasta sehingga lembut (letak minyak & garam sikit). Dah lembut, tos & ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumiskan bawang putih & bawang besar tadi.
  3. Dah naik bau, masukkan daging cincang. Kacau sehingga daging tu masak.
  4. Kemudian masukkan sos prego. Kacau sedikit.
  5. Masukkan brokoli, pasta rebus dan sosej. kacau lagi.
  6. Kemudian Italian herbs, black pepper, garam & gula dimasukkan secukup rasa.
  7. Carikkan dan masukkan sliced cheese. Kacau sedikit sehingga cheese tu cair. (Kalau ada parmesan cheese/cheese parut ke lagi best).
  8. Siap dah. Makan panas2 suam SEDAP.

Thursday, July 7, 2011

DADIH STRAWBERI

Jom makan dadih stoberi...
aritu beli dadih anak2 berebut pulak..beli 5 tak cukup..
tadi nak gi beli lagi, tutup pulak stall tu..try la buat sendiri guna resepi yg telah di google


gambar snap dari dalam peti ais je :)

Sumber : myresepi

Bahan-bahan :
  • 1 liter air
  • 1 peket serbuk agar-agar
  • 1 liter susu kotak strawbery Dutch Lady
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Caranya :
  1. Masak gula bersama air sehingga gula hancur.
  2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar, susu, gula, garam.
  3. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih.
  4. Tutup api. Tapis ke dalam bekas dadih/kegemaran.
  5. Masukkan ke dalam peti ais.

Tuesday, June 21, 2011

TELUR DADAR SOSEJ

Menu anak2 telur dadar bersosej...abis dikutipnya sosej tu...sesuai dimakan dengan nasi atau diratah begitu saje. Telur ni biasanya tak buat awal2 sangat, dekat2 nak makan baru buat...agak2 suam2 gitu, sedap & senang anak2 nak makan..

Camana nak masaknye :
  1. Sediakan telur, sosej, mayonis.
  2. Cuci 2 biji telur. Pecahkan ke dalam mangkuk kemudian dikocokkan.
  3. Hiriskan sosej nipis2 (saya guna sosej ayam yg ada cheese kat dalam tu), kemudian masukkan ke dalam mangkuk telur tadi.
  4. Tambah sedikit mayonis (tak letak garam dah, sosej & mayonis tu dah cukup rasa). Kocokkan supaya sebati.
  5. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali non-stick, tuangkan bancuhan telur tu. Biarkan keras sedikit baru alihkan. Bolehlah dipotong ala2 pizza atau bentuk apa2 yg menarik. Siap dah.

Sangat senang. Anak2 pun suka :)

Friday, May 6, 2011

Beriani Kapitan Penang



Assalamualaikum kawan2 bloggerku...


Lamanya tak update...sempat jenguk2 blog kawan2 je...lately ntah naper malas pulak nak snap2 pic food tu...dah siap masak, kemas, main dengan anak2...seronok sebenarnya tgk blog kakak2, adik2, rakan2 sebaya suma...lagi2 kalau yg ada anak2 kecik, leh TIRU apa diorang masak...


Tingin makan nasik beriani tak??


Aritu g Penang sempat la singgah makan kat BERIANI KAPITAN...sedapnye ko!!! taktaulah time tu tgh lapar ke haper...simple je hidangan dia...order beriani ayam & beriani kambing..dua2 mabeles!!


Monday, March 21, 2011

TIP PENYUSUAN BADAN UNTUK IBU BEKERJA

Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.


Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan menyebabkan bayi kurang menyusu daripada payudara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.

Sebelum Kembali Bekerja...
Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlu lakukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.

Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.
  • Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?
  • Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan dengan betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.
  • Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.

Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain : dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payudara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.

Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.

Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payudara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.

Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.

Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

Sumber Artikel : Majalah POSITIVE PARENTING Vol. 2, 2010

Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Thursday, January 6, 2011

MAKARONI GORENG biasa je..

Pagi ni taktau naper lapar sesangat...bukak kabinet dapur nampak makaroni..goreng pun sodap nih..untuk bekpes buat simple2 je janji makan panas2 pergh!! sedap!!


Bahan-bahan :
  • 2-3 genggam makaroni (direbus bersama garam & sedikit minyak sehingga lembut)
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih*ditumbuk/kisar
  • 2 ulas bawang merah*ditumbuk/kisar
  • 1/2 labu bawang besar*ditumbuk/kisar
  • isi ayam (dipotong dadu)
  • carrot
    bunga kobis (cauliflower)
  • baby corn
  • sawi
  • 1 biji telur
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap manis
  • garam & gula secukup rasa

Caranya :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang bersama cili kisar. Biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan lenyek2 sikit sehingga hancur.
  3. Masukkan isi ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis.
  5. Kemudian masukkan sayuran kecuali daun sawi.
  6. Tuangkan sedikit air supaya ayam & sayuran tadi empuk dan sebati. Biarkan seketika.
  7. Pecahkan telur dan tunggu sehingga telur keras sedikit. Gaulkan.
  8. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Masukkan makaroni yg telah direbus tadi.
  10. Akhir sekali masukkan sawi. Kacau sebentar. Tutup api.

Senang je kan..kali ni tak letak udang, sotong pun..rasa nak makan ayam je. Tekak ni lain masa lain seleranya.

Kalau nak 'kick' lagi, gengkan makaroni goreng tu dengan cili padi potong taruk kicap.


Macam biasa suka bekpes minum nescafe panas. Guna cawan upin ipin anak hikhik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN