Wednesday, June 30, 2010

JINTAN PENAWAR PENYAKIT

Sedikit lagi info untuk manfaat bersama...dirujuk dari majalah mingguan wanita (by the time abis kutip info ni suma majalah ni dah hancuss rasanya, terlepas pandang je anak2 pun sama nak "baca" majalah tu) .


REMPAH popular yang digunakan di dalam masakan melayu ini berfungsi sebagai tonik hebat yang meningkatkan kadar metabolisme tubuh serta sistem imun tubuh. Penyelidikan mendapati jintan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser hati dan menyihatkan buah pinggang. Malah berkuasa untuk membuang gas di dalm usus, merawat asma serta artritis.

Tidak ketinggalan mengatasi gangguan tidur dan stres, menambah nutrisi pada warga emas, ibu hamil serta anak kecil, memperbaiki salur pencernaan dan meningkatkan daya ingatan. Khusus buat wanita pula, jintan membantu melancarkan perjalanan haid dan memperbanyakkan susu.

SAYUR CAMPUR CENDAWAN

Sejak2 beli cendawan hitam kering suka betul nak masak itu ini masukkan sekali cendawan ni. Rasa dia sedap la macam ada manis2 sikit. Patut la anak suka makan. Asyik2 mintak cendawan tu, berselera dia makan dengan nasik.
Kali ni guna resepi sendiri tak sempat ninjau2 dapur orang. Main agak2 je letak itu ini. Selamat menjamu selera!!


Bahan-bahan :
  • bawang merah - dihiris
  • bawang putih - dihiris
  • sotong
  • sos tiram
  • sos ikan
  • kicap manis
  • cendawan hitam - direndam dan dipotong
  • batang carrot
  • brokoli
  • bunga kobis
  • putik jagung
  • batang seleri
  • tomato
  • tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air

Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit sos ikan. Kacau sebentar.
  3. Masukkan semua sayur-sayuran kecuali brokoli dan tomato. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan brokoli dan tomato. Kemudian tuangkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau sebentar sehingga agak pekat. Tutup api.
  5. Semasa menghidang bolehlah taburkan dengan daun bawang.

Tuesday, June 29, 2010

SUP BEBOLA IKAN IPOH

Biasanya kalau ada lauk pedas saya gandingkan dengan sup bagi balance sikit. Gipun anak2 suka lauk2 sup ni. Nak masak sup ni saya refer buku Dapur Xpress Chef Kamarul jugak sama ngan sambal tumis telur tu. Nak buat sup ni simple je tapi sedap.
Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang) :
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis - ditumbuk
  • 2 tangkai batang daun sup - dipotong
  • 200 gm bebola ikan (fishball)
  • 100 gm kek ikan (fishcake)
    100 gm fucuk - direndam
  • 1 ketul tauhu jepun (tak letak, takde stok)
  • 10 gm daun sup
  • 10 gm daun bawang
  • garam dan lada putih
  • **cendawan hitam kering - direndam sehingga lembut dan dipotong
  • **suhun

**bahan2 yang ditambah sendiri.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Setelah tumisan wangi, masukkan batang daun sup dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
  3. Kacau seketika hingga terbit bau, masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan bebola ikan, kek ikan berserta fucuk.
  5. Masukkan pula tauhu jepun, garam dan lada putih.
  6. Renehkan seketika sebelum menutup api.
  7. Hiris daun bawang dan daun sup. Tabur sebelum dihidangkan.


"Di Ipoh, makanan bebola ikan begitu sinonim. Jadi hidangan ini menggunakan nama bandaraya Ipoh bersempena dengan popularnya Sup Bebola Ikan Ipoh."

UDANG GORENG KUNYIT

Lauk tambahan gandingan sambal telur. Masak ni tak sempat refer resepi mana2 sebab last minit decide nak masak lauk ni. Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan hikhik.

Bahan-bahan :
  • 7-8 ekor udang basah
  • kacang panjang - dipotong 2cm
  • 1 biji bawang besar - dipotong gelang/ikut suka
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
    minyak masak untuk menggoreng/menumis

Caranya :
  1. Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sebentar.
  2. Tumis bawang besar menggunakan 2-3 sudu besar minyak gorengan udang tadi.
  3. Masukkan kacang panjang. Gaul seketika.
  4. Kemudian masukkan udang.
  5. Perasakn dengan garam dan lada sulah. Dah siap.

SAMBAL TUMIS TELUR

Lauk dinner 2-3 hari lepas. Sambil2 rehat petang kat rumah sempat la tengok2 buku resepi Dapur Xpress Chef Kamarul. Nampak lauk telur ni. Selalunya sambal kiter buat simple2 je, ni tengok bahan2 dia sangat2 menarik. Kebetulan bahan2 tu semuanya ada stok, so try la buat.
Result dia FUHH!! SEDAPnyeee..special la rasa dia.
gambar ni tak cun sangat..tapi sambalnye BEST!!


Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang) :
  • 4 biji telur (direbus)
  • 6 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili boh (saya guna cili kering kisar)
  • 1 cm belacan (saya bakar sedikit)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu air asam jawa
  • 1 sudu besar kacang tanah - goreng & tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar santan (saya guna susu cair)
  • garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Rebus telur dan goreng sehingga garing.
  2. Tumis bahan kisar bersam serai.
  3. Masukkan pula cili boh diikuti serbuk kari dan belacan.
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak seketika.
  5. Masukkan kacang, air asam jawa dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan garam.
  7. Tuang di atas telur yang telah direbus, digoreng dan dipotong dua.


"Pastikan telur itu kering sebelum menggoreng kerana jika ada air akan menyebabkan minyak mudah meletup. Jika anda tidak mahu menggoreng telur anda boleh terus sahaja menggunakan telur rebus."

Sunday, June 27, 2010

KHASIAT BAWANG

Salam semua..

Saya nak share sikit info mengenai BAWANG dan khasiatnya yang dipetik dari majalah mingguan wanita yang sama (sebelum2 ni penah citer tentang khasiat makanan). Boleh nak dikatakan hari2 kita guna bawang dalam masakan kan?? Jangan tak tau, ada yang jadikan bawang ni sebagai ulam tau..rupanya memang ada khasiatnya yang tersendiri..semoga info ini berguna untuk semua lapisan umur tak kira tua ataupun muda. InsyaAllah. BAWANG dapat menguatkan organ reproduksi dan meningkatkan libido. Bijinya bawang dapat meningkatkan kualiti air mani dan mengubati penyakit yang berkaitan pundi dan salur kencing.

Pengambilan jus bawang secara rutin membantu mencairkan kahak dan mencegah batuk. Campuran jus bersama sedikit madu pula membantu mencegah jangkitan influenza, bronkitis, batuk kering dan anemia.

Amalan memakan bawang mentah dapat memelihara kesihatan gigi dan melindunginya daripada serangan bakteria. Amalan ini juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh serta menghalang trombosis.

Saturday, June 26, 2010

IKAN BERLADA

Sejak 2 menjak dah jumpa buku senangnya memasak bersama chef hanieliza ni, senang hidup..kekeringan idea nak masak apa boleh gak selak2 buku2 tu, insyallah adala benda nak dimasakkan. Kadang2 maleh gak bukak internet tambah2 bila time slow yang amat.

Terima kasih banyak2 diucapkan kepada chef hanieliza yang telah menghasilkan buku2 resepi yang amat berguna dan mudah saya gunakan untuk menu harian.


Bahan A :
  • 2 ekor ikan selar (saya guna ikan merah)
  • 1 labu bawang besar - dipotong gelang
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit
  • minyak bagi menggoreng

Bahan B (dikisar) :
  • 6 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara membuatnya :
  1. Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
  2. Gorengkan ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
  4. Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
  5. Tutup api dan tuangkan jus limau. Kemudian kacau lagi. Angkat dan tuangkan di atas ikan. Sedia dihidangkan.

Friday, June 25, 2010

SUP TAUHU JEPUN

Menu untuk anak2 digandingkan lauk colek tenggiri. Resepi amik dari majalah RASA edisi bulan puasa tahun lepas, dia suggestkan lauk ni buat sahur. Nak masaknye pun cepat dan senang.


Bahan-bahan : (hidangan untuk 5 orang)
  • 1 liter air
  • 5 biji tauhu jepun
  • 4 ketul ayam - ambil isinya sahaja dan dipotong kecil
  • 6 biji bawang merah - dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2.5 cm halia - dimayang halus
  • 2 biji telur - ambil putihnya sahaja
  • 1 1/2 sudu makan tepung jagung (saya bancuhkan dengan sedikit air)
  • 1 tangkai daun sup - dihiris halus
  • garam dan lada sulah secukupnya
  • serbuk perasa (tak letak)

Cara membuatnya :
  1. Panaskan air dan masukkan bahan yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan pula isi ayam dan tauhu jepun.
  2. Setelah mendidih, masukkan putih telur dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali, perasakan dan taburkan daun sup.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info Chef : Jangan simpan tauhu jepun di dalam air dan di tempat sejuk beku. Tauhu ini hanya mampu bertahan sehingga 3 hari sahaja.

COLEK TENGGIRI

Sedapnya tak terhingga colek ikan tenggiri ni..dulu masa kecik2 penah makan colek buah cermai (tapi tak reti nak buat camana, mak buat makan je). Semalam cari2 resepi ikan tenggiri kat rumah CMG terjumpa lauk ni..rasanya yang masam2 manis, pedas2 SEDAP sangat2..kalau diratah-ratah pun BEST!! "pecah lioq" orang kedah kata. Saya CnP dari cikmat je.


Bahan-bahan :
  • 4 kepingan ikan tenggiri
  • 1/3 cawan air masak
  • 2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
    2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
  • 5 biji cili padi (mat guna 10 biji)
  • 2-3 biji limau nipis, ambil jusnya
  • 1 inci belacan, dibakar sedikit
  • 1 biji tomato, didadu
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • sedikit daun ketumbar, dihiris

Cara membuatnya :
  1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak. Susun dalam pinggan sesuai.
  2. Tumbuk* cili, gula, garam dan belacan hingga hancur.
  3. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata.
  4. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan segera bersama nasi hangat.
*saya guna blender :)

MANGGA RAWAT PENDARAHAN

KAYA dengan vitamin C dan kalsium. Mangga bukan hanya bagus untuk kesihatan tulang malah berupaya untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh. Nilai perubatan di dalamnya bertindak sebagai rawatan semulajadi merawat pendarahan dalaman.

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, mangga mujarab untuk merawat masalah pendarahan yang dialami oleh wanita hamil dan wanita yang mengalami haid kronik.

Tidak hanya enak diminum, jus mangga berkuasa untuk menguatkan daya ingatan, meningkatkan tahap konsentrasi dan mengurangkan perasaan gementar.


sumber : majalah mingguan wanita

Thursday, June 24, 2010

PELBAGAI KHASIAT CUKA

Info ni amik dari majalah mingguan wanita..rupanya berkhasiat jugak cuka ni ekk...sama2 kita memanfaatkan info ini..


CUKA mengandungi pelbagai khasiat. Cuka beras yang memiliki aroma kuat berkuasa untuk menghilangkan bau hamis pada makanan. Cuka epal pula dapat dimanfaatkan sebagai pengawet makanan dan membantu melangsingkan tubuh.

Selain berfungsi sebagai penambah kelazatan, cuka boleh mengatasi pelbagai gangguan kesihatan. Pengaplikasiannya secara langsung ke atas kulit dapat bertindak sebagai antiseptik bagi menghilangkan kegatalan dan kesakitan akibat gigitan nyamuk serta serangga.

Kajian yang dilakukan oleh Arizona State Uneversity menunjukkan cuka dapat memberi manfaat kepada penderita diabetes. Cuka juga dikenal pasti dapat mengurangkan kekejangan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

Wednesday, June 23, 2010

BUBUR PULUT HITAM

Jom minum petang..

tadi tengok kak noorma buat bubur ni terliur abis..kebetulan ada sikit je lagi stok pulut hitam dalam kabinet dapur tu dapat la layan tekak ni..ahli rumah ni pun sama kureng layan bubur2 cenggini..buat sikit aje pun..
sebelum2 ni guna santan kotak, tapi lepas kakak ajar suh frozenkan kelapa parut, masa nak guna rendam air panas sikit then masuk je dalam blender. So, arini guna pati santan original la kiranya hikhik..sedaaaap !!



Guna resepi turun temurun je..main agak2 suma bahan2..banyak kali gakla asyik rasa2 tadi..kalau bulan puasa jenuh ekk, time berbuka baru boleh adjust.
Bahan-bahan :
  • pulut hitam (saya rendam lebih kurang sejam)
  • air
  • pati santan
  • gula
  • daun pandan
  • garam secukup rasa
Cara membuatnya :
  1. Didihkan air kemudian masukkan pulut hitam dan daun pandan. Masak sehingga empuk.
  2. Kemudian masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Api jangan kuat sangat tau nanti santan pecah minyak, tak best! (ada pengalaman hikhik).
  3. Sedia untuk dinikmati. Sangat enak dinikmati untuk hidangan waktu petang.

UDANG MASAM MANIS

Resepi udang masam manis ni saya amik dari buku senangnya memasak bersama chef hanieliza; makanan laut..memang senanglah nak memasaknye. Rasa masam manis tu yang best. Jemput makan!!





Bahan A :
  • 5 ekor udang besar (udang harimau)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1 biji tomato - potong 4
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa

Bahan B (bagi menumis) - dihiris :
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili hijau

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan garam dengan udang dan gorengkan. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan udang, buah tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula dan air. Kemudian kacau rata.
  4. Tutup api dan hidangkan.

TIPS DARI CHEF HANIELIZA :

"Boleh juga gunakan udang biasa. Sekiranya mahu pedas, boleh hiriskan cili api dan digaul rata"

NASI GORENG SARDIN


Ada masa2 bila angin maless tu datang ini la menunya.."tukang masak kerejanya enteng, hari2 masak nasik goreng" hikhik..
amik resepi dari dapur kak ummi..nak buat nasik goreng pon gi tengok dapur orang ekk..takpe la janji SEDAP..




Bahan-bahan :
  • 800g nasi putih sejuk
  • 300g isi ikan sardin - ambil isinya dan hancur kasar
  • 3 biji telur - goreng scramble/pecah2
  • 200 g sayur campur (saya letak brokoli & carrot)
  • daun bawang - dihiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar/tumbuk halus :
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili kering kisar (tak letak kang anak takmo makan)
  • 2 tangkai cili merah
  • 1/2 cm belacan bakar

Caranya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan isi sardin, lada sulah dan kicap. Kacau biar agak2 kering.
  3. Masukkan sayur campur dan kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi dan kacau hingga nasi nampak berasap.
  5. Masukkan scrambled egg tadi dan kacau biar rata. Tutup api.
  6. Hiaskan dengan daun bawang dan siap untuk dimakan.

Tuesday, June 22, 2010

EGG TOFU (TAUHU JEPUN) & MUSHROOM SOUP

Kalau buat lauk pedas match dengan sup ni sedap tau..resepi asal sup amik dari dapur kak ummi. Anak2 pun suka makan tauhu jepun ni.

Bahan-bahan :
  • 3 keping tofu telur (tauhu jepun) - potong 1 inci
  • 1/2 peket cendawan hitam - belah 2 (xde, saya guna cendawan tiram je)
  • sedikit brokoli
  • 1 peket babycorn (putik jagung) - belah 2
  • capsicum hijau & merah (takde, guna cili merah)
    1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 kiub pati ayam
  • air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnye :
  1. Dalam kuali/non-stick pan, panaskan minyak (1/4 cawan) dan goreng dahulu egg tofu tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan dalam 2 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili hingga layu dan kekuningan.
  3. Masukkan air untuk kuah secukupnya.
  4. Masukkan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
  5. Masuk sos tiram dan kicap cair. Letakkan putik jagung dan biarkan lembut sebentar.
  6. Masukkan brokoli dan mushroom.
  7. Masukkan garan dan egg tofu tadi. Biarkan mereneh sebentar dengan api sederhana. Seimbangkan rasa.
  8. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau dan tutup api. Hidangkan panas2.

Monday, June 21, 2010

IKAN TENGGIRI MASAK KICAP PEDAS

Aritu tinjau2 dapur kak ummi kuantan nampak lauk ni. Sedap & simple.

Bahan-bahan :
  • 1 keping ikan tenggiri (saya guna ikan merah)
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1/2 biji cili benggala hijau (capsicum) - dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah (capsicum) - dihiris memanjang (saya ada hijau je)
  • 1/2 biji cili merah & hijau - dipotong serong
  • air secukupnya
  • garan dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Caranya :
  1. Ikan dibersih dan ditoskan. Gaulkan dengan garam,kunyit dan lada sulah. Goreng hingga masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak untuk menumis dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar.
  4. Masukkan kicap dan semua sos. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Biar mendidih sekejap dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ikan dan biarkan ikan dan kuah sebati.
  6. Masukkan capsicum dan cili merah/hijau. Kacau sebentar. Tutup api.

Friday, June 18, 2010

JELLY BANDUNG CINCAU

Petang semalam atas permintaan anak nak makan jelly, apa lagi tinjau2 la nak buat jelly apa yg menarik sikit..paham2 je la budak2 ni kalau tak menarik tanak pulak dia makan..
Jalan punya jalan terjumpa la resepi jelly bandung cincau ni kat cikmatgebu...apa2 pun kena tanya si anak dulu nak tak jelly pink ni..ok ON! dia nak..

bahan2 kat dapur suma ada & nak membuatnya pun errmm sangat2 senang..kejap je dah siap.

Bahan-bahan :
  • 1 peket serbuk jelly (10g)
  • 200 gram gula pasir
  • 800 ml air
  • 250 ml susu cair
  • 3 helai daun pandan
  • 3/4 camca teh pati sirap rose (say guna jenama 'yakin')
  • 1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2


Cara membuatnya :
  1. Satukan air, susu cair, gula, daun pandan dan serbuk jelly dalam periuk. Kacau dengan 'whisk' hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
  2. Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalm acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan dalam peti sejuk sehingga jelly betul2 beku. Hidangkan sebagai pencuci mulut.


Eerrmmm memang sedap !!

Thursday, June 17, 2010

WATERMELON SMOOTHIES

Panas betul kat luar arini tapi yg bestnye sidai baju konpem kering garing...

Tadi jenjalan kat umah matgebu nampak ada watermelon smoothies ni..stok tembikai ada, bahan lain suma pun ada..terus amik blender, potong2 tembikai, campur2 bahan dah siap..
Memang tiru sebijik2 resepi matgebu nih..masyih CMG.


Bahan-bahan :
  • 500 gram isi tembikai merah
  • 2-3 camca besar gula pasir
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/4 cawan air masak
  • 3 cawan ais kiub
  • secubit garam (sikit je tau!!)
    Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)
  • ais kiub secukupnya (tambahan)

Caranya :
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran menghasilkan buih.
  2. Bentukkan tembikai untuk hiasan mengikut kreativiti masing2 dan selit tepi gelas yg disediakan. Letakkan 3-4 ketul ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi secukupnya. Hidangkan sebagai pembasah tekak.


Jemput minum !!!

Wednesday, June 16, 2010

PISANG BERSALUT COKLAT

Pepagi dah buat pisang bersalut coklat ni..anak demam tanak makan apa2 pagi tadi.
Selak2 buku panduan pemakanan anak sihat & pintar tanya "zaquan nak makan ni tak??" dia nak...kebetulan lak pisang ada, buat jela janji dia nak makan something..


Bahan-bahan (2 orang) :

5 biji pisang emas
200 gram coklat masakan
Coklat rice berwarna-warni sebagai hiasan
Lidi pencucuk sate

Caranya :
  1. Pilih buah pisang emas yang sederhana saiznya. Buang kulit pisang dan cucukkan dengan pencucuk sate.
  2. Jerang air di dalam periuk hingga mendidih dan cairkan coklat secara double boil. Cara ini bermaksud, anda menggunakan 2 bekas. Pertama, coklat yang sudah dihiris kecil-kecil dimasukkan ke dalam bekas mudah panas. Kemudian masukkan bekas tadi ke dalam air yang sudah dijerang. Kacau coklat tadi sehingga cair.
  3. Setelah itu, tuang coklat ke dalam mangkuk dan celup pisang ke dalamnya sementara ia masih panas dan cair. Pastikan seluruh pisang dibaluti dengan coklat. Selepas itu, angkat pisang tadi dan golekkan pisang tersebut ke dalam coklat rice yang berwarna warni.
  4. Sejukkan pisang sehingga coklat menjadi keras dan tidak melekat di jari. Simpan di dalam peti sejuk.
  5. Hidangkan segera sebelum coklat menjadi cair. Jika tidak habis, simpan semula ke dalam peti sejuk.


INFO :

"Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid
lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko
pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semulajadi.

Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein
berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal
atau sejumlah kismis dengan berat yang sama."

Monday, June 7, 2010

KHASIAT GAJUS

Info ni saya dapat dari majalah mingguan wanita..kebetulan semalam masak ikan kung pao (tapi tak letak gajus sbb takde), ternampak pulak artikel ni..sebelum ni tak penah perasan pun, walhal majalah ni dah nak hancur..baik abadikan kat blog ni boleh gak share ramai2..


GAJUS kuatkan gigi

"Sering dijadikan penyedap dalam aneka hidangan nasi, gajus mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium, zat besi dan pottasium.
Kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, pantothenic, vitamin C, vitamin E, niacin, folat, riboflavin, dan thiamin juga membuatkan kacang dari Brazil ini kaya dengan nilai perubatan.
Kandungan sodium yg tinggi menjadikan gajus ampuh dalam mengubati penyakit hipertensi dan diabetes. Sedangkan fiber semulajadi yg terkandung di dalam gajus mampu memelihara kesihatan gusi dan gigi sekiranya individu mengunyahnya dengan kerap.
Selain itu, gajus juga mengandungi antioksidan yg mampu mengurangkan risiko kanser serta penyakit karsinogenik. Untuk wanita menopaus, pengambilan gajus dalammenu harian dapat membantu menyenyakkan tidur, mengubati insomnia dan iritasi".

Sunday, June 6, 2010

IKAN KUNG PAO

Lauk ni diadaptasi dari resepi ayam kung pao ataupun ayam gajus..penah tgk kak ummi buat guna ikan. Tadi masa nak masak kiter refer buku senangnya memasak bersama chef hanieliza tajuk ayam..
Guna ayam ke ikan ke, sama je sedapnye. Tapi kiter takde stok gajus kalau tak sure lagi terangkat.

BAHAN A :
600g isi ayam (kiter guna isi ikan merah) - dipotong dadu
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam
sedikit kunyit (kiter tambah)

BAHAN B :
100g kacang gajus goreng
3 tangkai cili kering (dipotong)
2 labu bawang besar Holland (warna putih) - dipotong dadu besar
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1 biji capsicum hijau
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1/4 cawan air
2 sudu makan minyak masak

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan isi ikan dengan garam/kunyit dan tepung gandum.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng cili kering hingga garing dan ketepikan.
  4. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  5. Masukkan capsicum, isi ikan, sos tiram, sos tomato dan sedikit air.
  6. Biarkan kering dan tutup api.
  7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata.
  8. Sedia dihidangkan.

Friday, June 4, 2010

KEK COKLAT KUKUS


Jom minum petang..

Banyak betoi versi kek coklat kan..tapi buat masa ni kiter guna resepi ni dulu la sbb senang & cepat nak membuatnye. Bahan2 dia pun mudah dan murah heheh..

Sumber : kak diana, resepi asal kak zaiima

Bahan A :


  • 1 cawan koko

  • 1 cawan susu cair

  • 1 cawan minyak jagung/butter cair

  • 1 cawan gula caster

  • 1/2 cawan susu pekat

Bahan B :


  • 1 1/4 cawan tepung gandum

  • 1 sudu teh soda bikarbonat

  • 1 sudu teh baking powder

Bahan C :


  • 3 biji telur

Caranya :

Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

Pukul bahan C sehingga kembang (saya guna blender). Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.

Tepung gandum, soda & baking powder dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan sehingga rata.

Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.


Untuk TOPPING saya guna resepi nih :

sumber : kak diana gak, resepi asal dari kak noor hannah

Topping :


  • 1 tin susu pekat - boleh kurangkan jika takut manis

  • 1 sudu teh esen vanilla

  • 1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak

  • 1/3 cawan serbuk koko

  • sedikit garam

Caranya :


  1. Campurkan susu, koko dan minyak.

  2. Masak di atas yg sederhana sehingga pekat (gunakan whisker, kacau sentiasa dengan membuat bulatan).

  3. Masukkan garam dan esen vanila

  4. Tak perlu menggelegak, agak2 pekat je dia.

  5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2.

**Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dalam peti ais.





NASI GORENG MENTEGA

'Fenin' kalau memikirkan menu untuk anak2...ada hari2 diorang makan makan dan makan tapi ada masa2 diluahkan jerr..hadoii!!


Semalam jenjalan kat umah kak hana nampak nasi goreng butter nii..tengok bahan & caranya pun senang..kalau yg susah2 nanti dulu kang anak2 tak makan kiter yg tension..


Si abang (3 tahun lebih ) kata sedap..si adik (1 thn lebih) pun suka..bole buat lagi la lepas ni tapi kena tunggu lama sikit kang boring lak bebudak ni nak makan benda sama je..



Bahan-bahan :
  • 4 cawan nasik
  • 2-3 sudu besar mentega/marjerin (prefer buttercup)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • sedikit garam
  • 50g ikan bilis - digoreng garing



Cara membuatnye :

  1. Panaskan mentega/marjerin sampai cair.
  2. Masukkan nasi dan kacau rata sampai 3 minit.
  3. Masukkan telur (tak payah pukul), lada sulah dan garam secukupnya. Kacau selama 1 minit.
  4. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.
**Saya tambah sayur brokoli & carrot (dipotong dadu) sikit. Telur saya guna 2 bijik, anak2 suka makan telur.

Wednesday, June 2, 2010

PASTA GORENG PEDAS

Tengahari ni ngadap pasta.. sedap sangat..

dari aritu lagi dok tinjau2 kat blog cikmatgebu, nak buat asyik bertangguh, last2 arini tak tahan dah, tingin sesangat..lega rasanya dah dapat makan..

apa2pun tahniah kepada CMG kerna disunting 'jelita'..
tima kasih untuk resepi2 yg semuanya wow2 belaka..tolong halalkan saya guna resepi yerr.


Bahan-bahan :
  • 300g pasta (saya guna pasta penne)
  • 3 batang sosej ayamas berlada hitam - dihiris serong
  • 15 ekor udang sederhana besar - dikupas kulit, buang urat belakang
  • 1/2 biji red, yellow & green capsicum (saya ada yg kaler ijau je)
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ayam Maggi
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
  • 1 cawan air rebusan pasta
  • garam dan gula secukup rasa

Caranya membuatnya:
  1. Rebus pasta hingga lembut di dalam air mendidih yg ditambah dengan sedikit garam.
    Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak biasa pun ok). Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga perang, masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing. Tambah tomato dadu dan goreng sehingga layu.
  2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kiub ayam (hancurkan), kacau rata dan masukkan sosej dan udang. Tuang air rebusan pasta tadi, kacau dan biar mendidih. Masukkan sedikit gula dan rasa, kalau perlu tambah sedikit garam (saya tak masuk garam sbb dah cukup rasa).
  3. Masukkan pasta (toskan dulu), gaul rata dan masukkan capsicum. Tabur lada hitam tumbuk dan gaul rata2. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Siap dah.


Ni snap masa mula2 tuang dari kuali, berasap lagi nih.

Tuesday, June 1, 2010

Paprik Campur

Paprik ni dah penah buat sebelum ni..lauk senang all in 1 ni kerap la buat hikhik..
Resepi amik dari kak hana..



Bahan-bahan :

  • Udang segar
  • Sotong
  • Isi ayam
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 2 batang serai - diketuk
  • beberapa helai daun limau purut
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • Sayuran (bunga kobis, carrot, brokoli, babycorn, celery, kacang panjang/buncis)
  • Sedikit sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa

Caranya :

  1. Panaskan kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi tadi.
  2. Masukkan semua jenis sos tadi diikuti dengan ayam, udang dan sotong.
  3. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.
  4. Masukkan serai, daun limau purut dan sayuran.
  5. Bila dah mendidih masukkan pula bawang besar dan tomato.
  6. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Semasa menghidang perahkan sedikit jus limau kasturi.
  8. Siap dah. Sedia untuk dimakan.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN