Thursday, December 30, 2010

ROTI TELUR MADU

Salam kawan2....sarapan apa pagi ni??

Sarapan owang maleh ini la dia...tapi sedap, abis 4 keping sorang2...kalau tiap2 pagi makan 4 keping roti cenggini alamatnya tak lama lagi tambah la kilo kat sana sini...
nak tau sbb apa boleh tambah kilo,jom layan resepi dia...

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • sedikit marjerin
  • sedikit susu segar
  • madu (suhu bilik)

Caranya :
  1. Kocokkan telur bersama susu di dalam mangkuk.
  2. Panaskan kuali kemudian masukkan marjerin. Biar seketika sampai marjerin cair.
  3. Celup roti ke dalam telur tadi dan goreng sehingga keperangan.
  4. Masa nak makan, tuangkan madu ke atas roti telur tu. Matchkan la dengan nescafe panas ke, kopi panas ke, apa2 la minuman kegemaran...enjoy!!

Marjerin ni boleh naikkan berat badan tau, sesapa yg nak turunkan berat badan cuba elakkan makan marjerin, goreng guna minyak sayuran/jagung pun ok.

Wednesday, December 29, 2010

BROKOLI CAMPUR TAUHU JEPUN (EGG TOFU)

Salam semua...dah makan tengahari ke??
Tengah lapo nii tapi taip ni dulu la..tapi bahaya kalau lapo sangat ni, kang makan banyak tak hingat dunia...masak simple tapi dah rasa tadi, cedap!

Bahan-bahan :
  • Beberapa kuntum brokoli
  • 1 ketul tauhu jepun (dipotong 8 dan digoreng sehingga kekuningan)
  • 5-6 ekor udang (dibuang kulit & dibuang urat belakangnye)
  • 1-2 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1/2 batang carrot
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air (untuk pekatkan kuah)
  • garam secukup rasa atau 1/2 kiub ayam 'maggi'
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit air untuk kuah
Caranya :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang & sotong. Goreng sekejap.
  4. Masukkan carrot dan tuangkan sedikit air.
  5. Kemudian masukkan sos tiram & kiub ayam/garam. Biarkan seketika.
  6. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.
  7. Kemudian masukkan brokoli, seterusnya tuangkan bancuhan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah pekat. Dah siap..jom makan!!

*Brokoli tak perlu lama2 dimasak nanti layu tak sedap & khasiat kurang.

Tuesday, November 23, 2010

NUTRIEN UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum sahabat2 semua..

Sedang asyik selak2 majalah "positive PARENTING vol. 2" ni, ternampak info yang berguna terutama untuk para ibu bapa. Kebetulan tengah rajin nak menaip ni, boleh la kita share dan manfaatkan info ni ye.
Semoga ianya dapat dijadikan panduan bagi penyediaan makanan untuk anak-anak kita.
Gambar susu tu sekadar hiasan je; sebab anak kiter minum susu tu :)...amik dari web enfagrow.

Ni artikel tu...SELAMAT MEMBACA :)

Pembelajaran merupakan proses yang berterusan sepanjang hayat. Namun demikian, terdapat "masa utama" apabila otak akan bertindak seperti "span hebat" yang menyerap maklumat baru dengan mudah dan berkembang dengan hebat. Pelbagai faktor telah terbukti akan mempengaruhi perkembangan otak peringkat awal termasuk genetik, pengalaman harian, aktiviti fizikal dan terutama sekali, diet yang sihat dan berkhasiat.

Membekalkan anak anda dengan diet sihat dan seimbang adalah penting bagi memastikan dia mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otaknya sekarang dan pada masa hadapan.

Seperti bahagian badan lain, otak memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk berkembang dan mengekalkan tumbesaran. Jadi, berikan anak anda keseimbangan nutrien yang baik untuk berkembang dengan sempurna.


DHA (asid dokosaheksenoik) AA (asid arakidonik). DHA dan AA serta asid lemak omega-3 dan omega-6 merupakan asid lemak utama yang terlibat dalam pembentukan plasma fetus, otak dan retina. Kajian menunjukkan kedua-duanya membantu memperbaiki perkembangan mental kerana kanak-kanak yang menerimanya telah menunjukkan peningkatan yang berkesan dalam prestasi membaca, mengeja dan penglihatan berbanding mereka yang tidak.
Sumber : Ikan berminyak (salmon, tuna, sardin), walnut, telur, minyak jagung

FOSFOLIPID (phospholipids) juga penting untuk kesihatan otak yang optimum kerana ia membantu memperbaiki perhubungan sel otak, memori dan fungsi mental.
Sumber : Telur, susu

KOLINA (choline) menyokong aktiviti sistem saraf, diperlukan untuk perkembangan otak dan membantu memperbaiki fungsi memori kanak-kanak supaya dapat mengingati dengan lebih mudah.
Sumber : Kuning telur, soya, kacang tanah, brokoli, hati

ZAT BESI (iron) penting untuk perkembangan otak yang mempengaruhi tingkah laku dan kebijaksanaan akan turut menghasilkan penghantar saraf (atau neurotransmitter), iaitu bahan kimia yang menghantar maklumat di sekeliling otak serta sistem saraf.
Sumber : Daging merah, hati, makanan laut, daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak, ikan kod, bayam

TAURINA (taurine) memainkan peranan penting dalam penghasilan penghantar saraf yang diperlukan untuk perhubungan saraf.
Sumber : Legum, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, kacang, bijan

ZINK/ANTIOKSIDAN (zinc/antioxidants) menyokong tumbesaran dan pembahagian sel serta boleh melindungi sel-sel dalam otak dan sistem saraf pusat.
Sumber : Prun, kismis, beri biru, kacang merah, kacang pecan

Berikan anak anda yang terbaik dengan membekalkan diet seimbang bagi membantunya membesar lebih bijak dan dengan kebolehan pembelajaran yang lebih baik!

DAGING PAPRIK

Salam selasa sahabat2 semua, dah makan tengahari ?? Jom kita layan menu daging paprik jap. Gengkan dengan telur dadar ngam nih...Resepi lauk ni refer buku resepi chef hanieliza. Sedap la, macam rasa paprik kat kedai area kerinchi (selalu makan kat sana masa bujang2 dulu hikhik).



Bahan A (dipotong kecil)
  • 300gram daging
  • 100gram kacang panjang
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar

Bahan B (Untuk Sos)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 5 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - diketuk
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1/2 cawan air
  • minyak masak

Caranya :
  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan lobak merah, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan sayuran lain, cili merah, cili padi dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air.
  5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, bawang besar dan kacau rata. Kemudian tutup api.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.

Tuesday, November 16, 2010

MEMBERSIHKAN PERUT LEMBU

PERUT lembu adalah antara makanan enak yang sering menjadi rebutan di Hari Raya Korban. Namun, jika tidak dibersihkan dengan baik, ia pasti menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Justeru, ketika membersihkannya, rendam dan gaulkan perut lembu bersama air bancuhan kapur sirih berserta daun pisang yang telah dirincik. Lakukan beberapa kali sebelum dibilas dengan air bersih.

sumber : majalah mingguan wanita

Monday, November 15, 2010

HILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING

Setelah dihiris, gaulkan daging kambing dengan tepung gandum dan biarkan selama 20 minit. Bersih dan gaulkan pula dengan air limau nipis. Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan. Ketika memasak, masukkan 2 atau 3 helai daun pandan ke dalamnya bagi membangkitkan lagi keharuman aromanya.

Monday, November 8, 2010

5 TIP PELIHARA KANDUNGAN ZAT SAYURAN

Suka makan sayur tak ??

Kat rumah ni selalu je buat sup bersayur sebab anak2 makan nasik kalau takde sup, tak meriah diorang nak makan. Tak kisah la sayur campur ke, sup sawi campur telur ke atau sup makaroni tambah sayuran, janji kena letak sayur dalam menu harian anak2..kadang2 diorang makan sayur2 tu, kadang2 diorang ketepikan je. Selalunya sayur berdaun agak mencabar nak bagi diorang makan, kalau bgtau kata "sayur popeye", baru nak makan, sebab nanti boleh kuat macam popeye...hikhik sabar jelah dengan gelagat anak2 ni :)

Citer pasal sayur ni, jom kiter share info/tips camana nak pelihara kandungan zat sayur-sayuran yang kita masak. Rujuk dari majalah impiana DAPUR keluaran Oktober-Disember 2010. Semoga info2 ni dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk diri kita dan juga keluarga tersayang.

  1. Jika sayur tersebut perlu dibuang kulit, pastikan anda membuang kulitnya dengan potongan paling nipis. Ini bagi mengelakkan zat makanan yang terkandung di bahagian bawah kulit turut tersingkir. Ubi kentang, lobak merah kecil (baby carrot) dan tomato adalah lebih baik dimasak bersama kulitnya setelah dicuci bersih.

  2. Gunakan api yang kecil ketika memasak sayur. Ini kerana vitamin C yang ada di dalam sayur-sayuran akan mudah hilang apabila dimasak dengan haba yang tinggi.

  3. Sayuran hijau mudah kehilangan vitamin C dan kandungan air di dalamnya semasa penyimpanan. Oleh itu, elakkan menyimpan terlalu lama dan sekurang-kurangnya tiga hari sahaja.

  4. Elakkan membeli sayuran yang telah kekuningan, lebam atau layu kerana sayuran sebegini telah kehilangan zatnya.

  5. Jika anda ingin menyediakan hidangan sayur berkuah, pastikan menggunakan air yang minimum dan masukkan sayur di peringkat akhir. Masak jangan terlalu lama.
sumber gambar : search kat google

Thursday, November 4, 2010

MAKARONI BAKAR

Salam semua..apa khabar??

Lama jugak kan tak update blog ni. Hari ni ada masa sikit nak luang masa depan laptop ni, boleh la share info makan2 nih...

Hari tu anak kiter (umur nak masuk 4 tahun) demand nak makan makaroni & cheese. Yelah, anak dah mintak nak makan kan, kena usahakan jugak la. Kali ni kiter buat versi chef hanieliza pulak (refer buku resepi beliau). Sebelum ni kiter pernah buat macaroni 'n' cheese tapi kali ni lain sikit...MAKARONI BAKAR pulak. Memang lain la, bahan2 dan juga cara nak membuatnye pun lain. Sedap!!


gambar tak brapa cun sangat sebab snap dalam acuan je..anak2 tengah tunggu nak makan tuh.

Bahan A :
  • 250 gram makaroni (rebuskan hingga lembut)
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 125 gram keju cheddar (diparut) - saya guna keju slice chesdale, dicincang
  • 5 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 50 gram daun parsli (dicincang) - saya guna parsli kering dalam botol

Bahan B (untuk sos putih) :
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar

Bahan C (untuk inti) :
  • 300 gram daging kisar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong kecil)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji capsicum merah, hijau, kuning (dipotong dadu)
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara membuat inti :
  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging kisar, cendawan butang, tomato, garam dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
  3. Masukkan capsicum merah, hijau dan kuning. Kacau rata dan ketepikan.

Cara membuat sos putih :
  1. Panaskan minyak jagung di dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau rata.
  2. Masukkan susu, kacau hingga sebati dan ketepikan.

Cara membuat Makaroni Bakar :
  1. Sapukan minyak jagung di dalam mangkuk tahan panas. Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
  2. Tuangkan sos putih ke dalam mangkuk yang berisi makaroni dan inti.
  3. Kacau rata telur dan susu segar. Masukkan dalam mangkuk yang berisi makaroni dan taburkan keju cheddar dan daun parsli.
  4. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan suhu 180 selama 30 minit ataupun hingga keju keperangan.
  5. Sedia untuk dihidang. Selamat menjamu selera :)

Friday, October 22, 2010

KANGKUNG GORENG BELACAN

Lauk senang & simple tapi sedap.
Kalau nak cepat, potong kangkung siap2 (saya guna gunting), masuk dalam beg plastik dan simpan dalam peti ais. Masa nak masak baru keluarkan. Pastu rendam sekejap dalam air garam (supaya kotoran/pasir hilang). Boleh jimatkan masa siang-menyiang ni.

Resepi ni amik dari buku resepi Chef Nazira Noran.


Bahan A :
  • 1 ikat kangkung (dipotong)
  • 1/2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 2 ekor sotong (dihiris bulat)
  • garam (jika perlu, belacan dah masin)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit air (bagi ada kuah sikit)

Bahan B (ditumbuk) :
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu makan udang kering
  • 4 biji cili padi

Caranya :

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah.
  2. Masukkan sayur kangkung dan sotong. Masukkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
  3. Sesuaikan rasa dengan garam. Kacau sehingga sebati.

Sotong dimasukkan agak lewat supaya isinya tak liat.

**Goreng sekejap sahaja sayur hijau bagi mengekalkan khasiatnya.

Thursday, October 21, 2010

SUP BEBOLA DAGING

Menu anak-anak...kalau makan nasik, lauk sup tu antara yg wajib untuk anak2. Tak kisah la sup apa pun. Kali ni layan sup meatball pulak.


Bahan-bahan :
  • 5-6 ketul bebola daging (saya guna frozen punye je)
  • 1 keping fishcake
  • 1 batang carrot
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 kiub ikan bilis 'Maggi'
  • 1 tangkai daun sup
  • 2-3 kuntum brokoli
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
Caranya :
  1. Tumis bawang putih sehingg naik bau.
  2. Kemudian masukkan air dan kiub bilis. Kacau sikit.
  3. Masukkan bebola daging, fishcake dan carrot. Biar mendidih.
  4. Tutup api dan masukkan brokoli dan daun sup (brokoli tak perlu masak lama2 nanti lecur sangat, tak best).
  5. Sedia untuk dihidang.


Lauk tambahan, telur dadar mayonis (ala2 iklan mayonis sheila rosli).
Tak letak hiasan daun,cili segala bagai pun kang anak2 luah. Sayur dalam sup nasib baik diorang makan.

Tuesday, October 19, 2010

MEE GORENG

Dah sarapan ke?? Jemput makan mee goreng senang ni.


Bahan-bahan :
  • 1/2 peket mee kuning
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk/hiris
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk/hiris
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/2 batang carrot
  • 1 keping fishcake
  • sedikit sos tiram
  • sedikit sos tomato
  • sedikit kicap manis
  • 4-5 ekor udang (dibuang kulit)
  • 3-4 helai sawi
  • garam & gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak - untuk menumis
**tak letak ayam, sotong bagai sebab malas nak tunggu defrost...udang & fishcake cepat lembut sikit :)


Caranya :
  1. Tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tunggu sehingga sedikit garing (pecah minyak).
  3. Kemudian masukkan udang, fishcake, batang sawi dan carrot. Kacau rata.
  4. Curahkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis. Kacau lagi.
  5. Tambah sedikit garam & gula secukupnya.
  6. Masukkan mee kuning dan seterusnya daun sawi.
  7. Kacau rata2 dan sedia untuk dihidangkan.
**goreng sekali telur mata kerbau. Makan semua ni panas2 plus nescafe panas...
Amboi...sempoi!!

Sunday, October 17, 2010

PASTA PENNE GORENG

Assalamualaikum...salam hari isnin buat semua..

Aritu terjumpa buku masakan barat chef hanieliza kat kedai buku, terus beli 1...selak2 buku tu nampak la resepi penne goreng ni..kalau tak memang takde idea sungguh2 nak masak apa untuk dinner...bukan senang nak pikir menu ni, kena tukar2 selalu supaya anak2 tertarik nak makan.
Bahan2nya pun simple je, nak masaknye pun kejap sangat..sedap tau!!



Kalau malas nak baca resepi tengok gambar ni je pun ok...
Sukatan bahan2 ni suma main agak2 je..kalau ikut sebijik2 resepi kat bawah kang banyak sangat, tak abis makan.
Bahan-bahan :
  • 500 gram penne
  • 1 labu bawang besar - (dipotong dadu)
  • 300 gram udang - (dibuang kulit)
  • 5 batang sosej (dipotong kecil)
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • 5 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 300 gram brokoli (dipotong kecil)
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong panjang)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong panjang)*tambah capsicum kuning sbb ada stok
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak


Caranya :
  1. Rebuskan penne hingga lembut dan toskan. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan udang dan sosej. Goreng hingga masak.
  4. Masukkan penne, brokoli, tomato, cendawan butang, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata.
  5. Tutup api. Masukkan capsicum merah,hijau,kuning. Kacau rata.
  6. Sedia dihidangkan.

Wednesday, October 13, 2010

TAUHU GORENG BERSOS THAI

Salam semua...lamanya tak bersiaran..sempat jenguk2 dari jauh jerr..
Ni salah satu menu dinner kelmarin..idea dapat dari buku resepi Chef Arm..senang sesangat nak buat..sedap!! kiranya kalau nak buat lauk tambahan sesuai la sesangat...khasiatnye pun banyak tauhu ni...jom layan menu senang nii :)

Bahan-bahan :
  • 2 keping tauhu (dipotong dadu dan digoreng)
  • 1/2 batang lobak merah (**potong halus)
  • 1 labu bawang besar**
  • 2 biji cili merah**
  • 1 tangkai daun sup**
  • 1 tangkai daun bawang**
  • 3 sudu besar Sos Cili Thai
  • Minyak masak (bagi menggoreng)

Caranya :

  1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacu rata.
  2. Kemudian tuangkan Sos Cili Thai ke dalam adunan dan gaul sebati.
  3. Sedia dihidangkan.

Ratah cenggitu je pun sedap.

Saturday, September 25, 2010

ROTI TELUR CHEESE

Assalamualaikum kawan2 semua...dah sarapan??


Lama sesangat lahai tak update blog ni...dah sarapan?
Pagi ni buat sarapan senang2 je. Nampak anak2 makan berselera sungguh, cuma 1 jerr...tak boleh buat selalu sangat, kang diorang ramas je (boring makan benda sama).



Bahan-bahan (2 set) :
  • 4 keping roti
  • 2 keping cheese
  • sedikit susu segar
  • jem strawberi/peanut butter
  • butter/marjerin

Caranya :
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocokkan bersama sedikit susu segar. Ketepikan.
  2. Kemudian sapukan 2 keping roti dengan jem/peanut butter.
  3. Letakkan sekeping cheese di tengah2 roti itu (macam sandwic).
  4. Celupkan ke dalam telur tadi.
  5. Goreng dengan menggunakan butter/marjerin. Tak perlu lama sangat nanti hilang khasiat.


"Dikesempatan ini, ingin saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat handai, sahabat cyber, sahabat masak-memasak dan juga para pembaca/pengikut blog ini. Jutaan ampun dan maaf dipinta seandainya ada tersilap bahasa, terlanjur kata atau kesalahan2 lain yang tidak disengajakan.

Sesungguhnya, saya rasa amat bertuah kerana diberikan kesempatan untuk berkongsi ilmu masak-memasak dan seangkatan dengannya ini. Tanpa kalian semua, memang takde semangat nak teruskan blog ini. Terima kasih kawan-kawanku walau di mana sahaja anda berada tak kira samada kita kenal, tak berapa kenal atau tak pernah kenal".

Nak masak apa pulak hari ni ekk ???

Wednesday, August 18, 2010

JELLY BANDUNG CINCAU


Salam sahabat2 semua..lama jugak la tak bersiaran..bulan puasa ni pun asyik2 bz je, taktau lah apa yang dibzkan.

Aritu buat jelly bandung cincau ni..kali ni dah 2 kali la kiranya buat jelly ni. Buat apa yang anak2 suka je, kalau masak benda2 yg diorang tak suka, jenuh kita pulak nak kena perabih. Guna resepi matgebu.
Bahan-bahan :
  • 1 peket serbuk agar2 (10 gram)
  • 200 gram gula
  • 800 ml air
  • 250 ml susu cair
  • 3 helai daun pandan
  • 3/4 sudu teh pati sirap rose (main agak2 je ikut sedap mata tengok pink tu camana)
  • 1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2
Caranya :
  1. Satukan semua bahan2 kecuali cincau. Kacau dengan 'whisk' hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
  2. Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalam acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan di dalam peti sejuk. Sejukkan jelly tu sehingga betul2 dah keras. Bolehla dihidang sebagai pencuci mulut.
**saya masukkan kiub cincau siap2 dalam bekas acuan, kemudian baru sendukkan cecair jelly tu. Senang sangat kan nak buat jelly ni.

Monday, July 19, 2010

NASI BERIANI & AYAM MADU

Menu weekend minggu lepas. 1st time buat nasik beriani sebenarnya, asyik bertangguh nak beli beras basmathi je. Resepi amik dari buku resepi chef hanieliza. Best laa cam tak caye je buat nasik beriani sesedap ni hikhik...

Geng dia buat ayam madu..sama gak guna resepi buku chef hanieliza. Penah buat sebelum ni, buat lagi sebab SENANG dan SEDAP!!


Tambah sikit, buat acar mentah...letak timun, carrot & bawang je then gaul2 dengan cuka, gula & garam.
ENJOY!!!
Dah pukul 12.30 jap lagi anak2 balik dari taska, lenkali kiter edit & letak resepinye yerr.

Friday, July 16, 2010

PUDING ROTI PELANGI

Selamat petang...

Dah ada plan untuk minum petang ni?? kat rumah ni kang hero2 kecik ni bangun nak makan puding roti pelangi ni la..rasa dia sedap (tadi si abang dah rasa sikit, tergoda dengan corak & kaler2 puding tu). Dah bgtau dia kita makan lepas bangun tido karang...resepi ni semua dah tahu kot kak hana yang punye..thanks kak telah merekacipta resepi yg senang & sedap nii.


buat dalam bekas eskrem jerr..just nice tak banyak sangat sesuai untuk perut2 di rumah ni..

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8g serbuk agar@sepeket (kat sini jual peket 10g)
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air (cawan saya pun sama cam kakhana 230ml gak)
  • pewarna merah,kuning & hijau (terpulang masing)
Caranya :
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati (saya pun guna kaler merah, hijau, kuning sama ngan kakhana).
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang ke atas warna hijau tadi. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi, tak payah ratakan atau kacau. Kemudian ambil pula warna kuning, tuang di atas warna merah pula. Ulang dan ulang sampai abis. Ketika melapis/memarblekan hendaklah dengan cepat sebab puding/agar2 ni mudah sejuk/membeku.
  6. Dah siap bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.
Jemput makan !!

**sebelum ni penah buat versi marble coklat tapi guna serbuk coklat van houten.. pahit sikit laa..lenkali nak try guna coklat emulco pulak laa..

BABY BREAD PUDDING

Hehe seronok buat baby bread pudding ni. Senang, cepat, sedap. Lama dah tak beli roti gardenia slice tu. Selalu kalau beli asyik tak abis je. Kali ni dah plan nak buat apa dgn roti sebuku tu. Harap2 sempat abis sebelum expired.

Idea & resepi ni saya amik dari kak hana. Memang dapat 6 ketul pun, cukup la untuk rakyat rumah ni, 3 kerat je nak makan.


Bahan-bahan :
  • 3 keping roti 'Gardenia'
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula halus (castor)
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 titik esen vanila
  • sedikit mixed fruit/kismis/kurma - ikut selera/stok
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding
  • mangkuk mauffin - disapu marjerin (tak sapu pun tapi mmg melekat u, jenuh korek)
  • sedikit cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
  • colour rice untuk tambah seri - terlupa letak excited sgt nak masuk oven


Caranya :
  1. Potong kiub roti.
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung, gula, susu, telur dan esen vanila.
  3. Masuk roti, kasi terendam semua.
  4. Masukkan kismis dan taburkan serbuk cinnamon. Gaul sebati.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup.
  6. Bakar dengan suhu 170 selama 35-40 minit atau hingga kekuningan.

Thursday, July 15, 2010

CUCUR JAGUNG

Dah bekpes ke?? Orang dah nak lunch baru nak citer pasal bekpes ekk..sesaja layan n3 kejap sebelum nak masak untuk lunch. Layan cucur jagung hari ni. Sedap pulak sebab guna jagung tongkol segar. Selalunya buat guna jagung tin je, kurang la sikit uumph dia. Kebetulan pegi pasar segar weekend aritu ada pulak jagung ni. Pekena pulak dengan nescafe panas tadi, alhamdulillah kenyang dan puas bekpes tadi. tapi tu la makan sorang2 je kat rumah. Anak2 gi taska, abah keje. Goreng 1 kuali je tadi.

Cekodok semua orang tau buat kot, cuma cara & bahan2 mungkin sedikit berbeza. Selalunya kita guna apa yg ada kat dapur la kan.

Bahan-bahan :
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
  • 1 tongkol jagung (disiang isinya)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • daun kucai
  • 2-3 biji bawang merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Caranya :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Sementara itu campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak ke dalam mangkuk (air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga cukup kepekatannya untuk cekodok).
  3. Sudukan (jemput guna tangan lagi best) dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Apabila sudah masak, bolehlah dinikmati bersama sos cili.
**Tadi terlupa nak masukkan minyak panas dalam bancuhan tepung tu. Kalau letak minyak panas sesudu dua boleh menambahkan kerangupan cucur tu.

Wednesday, July 14, 2010

IKAN BAKAR TOMYAM

Menu dinner malam kelmarin. Refer buku resepi senangnya memasak bersama chef hanieliza lagi. Lama2 lunyai buku ni asyik dok dapur hikhik. Nak buatnye sangat senang dan sedap.

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis atau limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kasturi
  • Aluminium foil

Bahan B (dikisar) :
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

AIR TEH DANGDUT

Tadi tengok dapur kak hana pastu jenguk dapurmas terbekenan dengan air teh ni sebab senang nak buat..buat segelas kecik je saja2 try..buih tak wow sangat naiknye..kena lama lagi kot tarik baru dapat buih menggunung..kak mas punye buih dasat betoi..


Bahan-bahan :
  • 2 uncang teh
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar susu cair (optional)
  • Air panas ikut gelas

Caranya :
  1. Rebus teh dengan secawan air. Pastikan teh tu pekat (bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je).
  2. 1 cawan air panas, campur susu pekat dengan susu cair dan tarik sampai berbuih-buih (penah dengar ada orang kata susu cair tu yang jadikan buih).
  3. Masukkan susu tu ke dalam gelas sekali dengan buih-buih tu sekali.
  4. Akhir sekali baru masukkan teh pekat tadi ke dalam susu tu. Masukkan perlahan-lahan.
**sukatan air dan susu ikut citarasa dan saiz gelas. Tadi saya buat gelas kecik tapi ikut resepi tu sebijik2, berlebih-lebih pulak susunya. Teh lak masa amik gambo ni tak masukkan suma, sbb tu tak nampak gelap kaler dia. Bila dah kluarkan sikit susu & tuang teh kesemuanya baru cantik tapi dah malas nak amik gambo. Rasa dia ok gak, sama geng ngan teh tarik la ni.

Saturday, July 10, 2010

JANGAN MUSUHI KARBOHIDRAT WALAU BERDIET

Hari ni nak share sedikit info diet untuk tatapan kita bersama. Dipetik dari majalah mingguan wanita 11-17 Jun 2010. Info pendek2 cenggini rajin jugak la nak taip, kalau panjang berjela tak larat la nak ngadap lama2 kat depan laptop ni, kang spelling semua berterabur pulak. Sama2 kita manfaatkan info ni ye :)

Ramai yang dalam proses diet memusuhi karbohidrat. Mereka menganggap karbohidrat menjadi penyebab berat badan meningkat menjadi-jadi. Bagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa salah satu jenis karbohidrat iaitu RESISTANT STARCH banyak membantu menurunkan dan mempertahankan berat badan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah memilih karbohidrat yang betul. Berikut diberikan beberapa jenis karbohidrat yang boleh membantu turunkan berat badan anda :


KENTANG
Kentang kaya dengan vitamin C, kalium dan 'resistant starch'. Sebiji kentang berukuran sedang mengandungi sekitar 26 gram karbohidrat. Bentuk karbohidrat paling banyak dalam kentang adalah zat tepung (starch). Sebahagian zat ini tidak boleh dicerna oleh enzim2 di dalam perut dan usus kecil sehingga biasanya mencapai usus besar dalam keadaan masih baik lagi.

Resistant starch ini dinyatakan mempunyai kesan fisiologi dan manfaat sihat yang sama dengan serat. Ia membanyakkan tinja, mencegah kanser kolon, memperbaiki toleransi glukosa dan sensitiviti insulin, menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida, membuat rasa kenyang serta mengurangi simpanan lemak.


PASTA
Pasta juga mempunyai resistant starch. Cuba ambil mi yang dibuat daripada tepung kacang buncis untuk mendapatkan kandungan serat ekstra.



STRAWBERI
Buah berwarna merah dan berbentuk seperti hati ini kaya dengan vitamin C, serat, folat dan kalium. Disebabkan ia kayan dengan gula semulajadi, strawberi sangat sesuai untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis.


JAGUNG
Untuk memenuhi keperluan karbohidrat kompleks, anda boleh mengambil beras merah yang dicampurkan dengan jagung. Selain mengandungi karbohidrat, jagung juga kaya dengan nutrisi lain seperti kalsium, serat, lemak, folat, besi, magnesium, niasin, fosfor, kalium, protein, gula, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.
Kandungan serat dalam jagung membantu menurunkan kolesterol dan mengurangi risiko kanser kolon. Selain itu, jika diambil dalam jumlah yang sederhana, jagung juga bermanfaat bagi pesakit diabetes. Kandungan folat di dalamnya juga amat penting terutama pada waktu2 kehamilan.
Di samping itu, kandungan thiamine dalam jagung juga dikatakan membantu proses metabolisme karbohidrat. Ambillah jagung secara teratur dalam jumlah yang sederhana untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular.



UBI BIT
Ubi ini merupakan salah satu pilihan makanan sumber karbohidrat kompleks yang boleh menjadi pilihan anda. Ia tidak hanya sesuai diambil dalam bentuk jus tetapi juga boleh dipanggang, dikupas dan seterusnya ditaburi minyak zaitun serta cuka. Selain mengandungi besi, ia juga mengandungi asid folat dan juga serat.


KACANG POLONG
Kacang ini kaya dengan serat, protein dan 'resistant starch'. Satu cawan kacang polong masak mengandungi 9 hingga 13 gram serat. Kandungan serat larut di dalamnya membantu menurunkan kolesterol.

Friday, July 9, 2010

TELUR GAYA MAHARANI

Lauk tambahan..simple tapi nak buat tgk resepi gak hihi..refer buku resepi Dapur Xpress Chef Kamarul. Lauk tak pedas camni seisi rumah boleh makan, si kecik pun layan..


Bahan A : Telur Hancur
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 10 gm daun bawang (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 sudu besar air
  • garam dan lada putih secukup rasa

Bahan B : Sampingan

  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 20 gm ikan bilis
  • 2 biji ubi kentang - dihiris nipis
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 tangkai cili merah
  • 30 gm bawang goreng
  • garam, gula dan lada putih secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 10 gm daun bawang - dihiris

Cara membuatnya :

Bahan A
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan daun bawang, cili merah, air, garam dan lada putih.
  2. Pukul sebati dan goreng menggunakan mentega dan sentiasa kacau sehingga telur masak.
  3. Angkat dan alihkan.

Bahan B :
  1. Gaulkan ubi kentang bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing dan masukkan ikan bilis dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah digoreng, cili merah dan juga telur tadi.
  4. Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan bawang goreng.

"Kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi dalam hidangan ini menjadikannya sangat sesuai dimakan semasa waktu sahur pada bulan Ramadan. Ini bukan sahaja menambah selera malah dapat membekalkan tenaga sepanjang hari"

Thursday, July 8, 2010

TAUGEH DAN CENDAWAN KUKUS

Jarang beli taugeh ni. Kalau beli pun sikit2 je sebab taktau nak masak apa sangat guna taugeh.

Dah 'ter'beli taugeh kena la ninjau2 resepinya pulak. Selak2 buku dunia masakan chef sabri jumpa resepi ni. Menarik!! Sedap gak..resepi dia untuk 8 orang makan, kalau nak buat sikit kena adjust2 sikit la ye.

Bahan-bahan (hidangan untuk 8 orang makan):
  • 600 g taugeh
  • 100 g cendawan shitake
  • 80 g cendawan butang
  • 80 g cendawan hitam (cendawan ni je saya ada)
  • 100 g lobak merah - dihiris halus
  • 80 g daun bawang - dihiris panjang
    10 g bawang putih - dicincang
  • 15 g halia - dicincang
  • 20 g cili merah - dihiris
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 8 sudu makan kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Campurkan kicap, sos tiram, sedikit air, halia, bawang putih, garam dan gula.
  2. Sementara itu, letak sayur-sayuran di atas pinggan yang hendak dikukus dan tuangkan campuran kicap tadi.
  3. Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 10 minit.

AGAR TAUGEH LEBIH TAHAN LAMA
"Rendamkan taugeh bersama asam keping di dalam bekas yang mengandungi air dan simpan di dalam peti sejuk"

SOTONG GORENG KUNYIT

Lauk terkejut..asal last minit je goreng kunyit ni la buat penambah lauk..tak kisah la udang ke sotong ke or apa2 je yg senang lembut bila terlambat kluarkan dari freezer.



Bahan-bahan :
  • segenggam sotong yang telah dihiris
  • 2-3 urat kacang panjang/buncis
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • tepung jagung
  • minyak masak
Caranya :
  1. Lumurkan sotong dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng seketika, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, cili merah dan kacang panjang/buncis (saya goreng kejap je, suka kacang tu rangup2 sikit).
  3. Masukkan sotong goreng tadi, perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi (nak ratah je pun ok).

Wednesday, July 7, 2010

MIHUN GORENG

Salam semua..apa khabar, sihat??

Lama dah tak breakfast makan mihun masak sendiri. Biasanya kalau berat2 camni beli je.

Bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang) :
  • 2 keping mihun cap bintang - direndam sehingga lembut (saya guna cap bintang sbb senang nak amik sekeping2)
  • isi ayam
  • udang segar
  • sotong
  • fishball/fishcake
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • sos tiram
  • kicap manis
  • sos tomato
  • carrot - dipotong kecil2
  • sedikit taugeh
  • sedikit kucai
  • garam dan gula secukup rasa
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
Caranya :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Biarkan cili garing seketika.
  3. Masukkan udang, sotong, isi ayam dan fishball/fishcake. Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis diikuti dengan carrot. Kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan mihun dan kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau seketika dan tutup api.
  8. Semasa menghidang taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.

Tuesday, July 6, 2010

IKAN MASAK MASAM MANIS

Hari tu beli ikan macam2 jenis..lepas ni jenuh masak ikan, maunya hari2 ikan, ikan, ikan..

Ni menu brapa hari lepas ntah..snap gambo tapi tak masuk n3 lagi, tak brapa sempat..refer buku senangnya memasak IKAN bersama chef hanieliza. Memang senang pun heheh..

Bahan A :
  • 2 ekor ikan kerisi (saya guna seekor kerisi, 1 ketul bawal)
  • garam dan kunyit

Bahan B (untuk sos) :
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 cm halia - dihiris
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 biji cili merah - dipotong nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato - dipotong 6
  • 1 pokok daun bawang dan daun sup
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak

Caranya :
  1. Ikan dilumur dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan cili merah, garam (sekiranya perlu) dan gula.
  5. Apabila kuah pekat, tuangkan di atas ikan tadi.
  6. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.

"Kalau nak pedas boleh gantikan sos cili dengan cili kisar"

NASI GORENG

Hikhik nasik goreng pun nak tayang ekk..takpelah kot2 ada yang leh buat sumber inspirasi tengok nasik goreng ni. Aritu la jenjalan kat dapur matgebu nampak dia penah buat camni, teringin pulak. Dulu masa kat kampung rajin gak buat cenggini, kalau ada sambal belacan dinner tak abis, esok paginya memang jadi la nasik goreng. Senang je nak buat.


Bahan-bahan :
  • Nasi sejuk
  • sambal belacan (*tengok kat bawah)
  • sedikit garam (jika perlu)
  • sayur pok choy (ikut selera la nak letak sayur apa)
  • bawang besar (dihiris)
  • 2 biji telur

Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis sambal belacan sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bawang besar dan sayur.
  3. Masukkan telur. Biarkan keras sedikit kemudian gaul rata.
  4. Masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam. Dah siap.
  6. Makan dengan keropok ikan pun sedap.

Sambal Belacan :
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 cm belacan
sedikit garam
perahan jus limau nipis

Tumbuk kesemuanya kecuali air limau nipis. Akhir sekali masukkan jus limau nipis ATAU nak senang lagi masukkan kesemuanya dalam blender (campur air sikit) then ON. Siap!!

Monday, July 5, 2010

KEK PISANG KUKUS

Weekend aritu bawak kek ni gi minum petang kat rumah mertua. Guna resepi sama dengan yang aritu jugak, kakak kat kampung ajar. Kejap sangat nak buatnye.


Sumber : kak ruby

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula perang atau 1/2 cawan gula putih
  • 1 sudu kecil ovelet
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan pisang (lenyek)

Caranya :
  1. Ayak tepung gandum bersama soda.
  2. Blend telur, gula, ovelet & garam sampai kembang.
  3. Masukkan minyak, susu cair & susu pekat. Blend lagi sampai kembang.
  4. Masuk pisang dan blend lagi.
  5. Masukkan bahan yang diblend tadi dan kacau bersama tepung.
  6. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.
**Masa kukus tutup loyang dengan aluminium foil supaya wap tak jatuh atas kek tu.

Sunday, July 4, 2010

KUETIAU LADNA

Salam malam semua..dah banyak hari tak update blog ni..ntah apa la yg dibzkan..

Dinner buat kuetiau ladna pulak. Resepi refer buku Dapur Xpress Chef Kamarul. Sedap tapi masa nak hidang & makan 'ter'kering pulak. Mana pi kuah dia ntah. Maybe terlebih air tepung jagung kot..tu la nak pekat2 sangat sampai ilang abis kuah.



Bahan A :
  • 300 gm Kuetiau
  • 1 sudu besar kicap lemak masin
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan B : Kuah
  • 100 gm udang (dibuang kulit)
  • 100 gm sotong (dipotong kiub)
  • 100 gm isi ayam (dihiris)
  • 1 biji telur (putih)
  • 100 gm lobak merah (dihiris)
  • 50 gm kailan
  • 10 gm jagung muda
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung (dicampur air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan stok ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • lada putih secukup rasa

Cara membuatnya :

Bahan A :

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tuangkan kicap dan masukkan kuetiau. Goreng seketika, angkat dan letakkan di dalm pinggan.


Untuk kuah :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam, sotong dan udang.
  3. Masukkan sos tiram dan stok ayam.
  4. Selepas itu masukkan semua sayur-sayuran.
  5. Masukkan pula kicap cair dan lada putih.
  6. Pekatkan dengan tepung jagung dan masukkan telur, kacau dan tutup apinya.
  7. Akhir sekali tuangkan di atas kuetiau tadi.

"Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak terlalu pedas. Pesakit yang mempraktikkan 'soft diet' terutama selepas pembedahan juga amat sesuai menikmati hidangan ini"

Wednesday, June 30, 2010

JINTAN PENAWAR PENYAKIT

Sedikit lagi info untuk manfaat bersama...dirujuk dari majalah mingguan wanita (by the time abis kutip info ni suma majalah ni dah hancuss rasanya, terlepas pandang je anak2 pun sama nak "baca" majalah tu) .


REMPAH popular yang digunakan di dalam masakan melayu ini berfungsi sebagai tonik hebat yang meningkatkan kadar metabolisme tubuh serta sistem imun tubuh. Penyelidikan mendapati jintan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser hati dan menyihatkan buah pinggang. Malah berkuasa untuk membuang gas di dalm usus, merawat asma serta artritis.

Tidak ketinggalan mengatasi gangguan tidur dan stres, menambah nutrisi pada warga emas, ibu hamil serta anak kecil, memperbaiki salur pencernaan dan meningkatkan daya ingatan. Khusus buat wanita pula, jintan membantu melancarkan perjalanan haid dan memperbanyakkan susu.

SAYUR CAMPUR CENDAWAN

Sejak2 beli cendawan hitam kering suka betul nak masak itu ini masukkan sekali cendawan ni. Rasa dia sedap la macam ada manis2 sikit. Patut la anak suka makan. Asyik2 mintak cendawan tu, berselera dia makan dengan nasik.
Kali ni guna resepi sendiri tak sempat ninjau2 dapur orang. Main agak2 je letak itu ini. Selamat menjamu selera!!


Bahan-bahan :
  • bawang merah - dihiris
  • bawang putih - dihiris
  • sotong
  • sos tiram
  • sos ikan
  • kicap manis
  • cendawan hitam - direndam dan dipotong
  • batang carrot
  • brokoli
  • bunga kobis
  • putik jagung
  • batang seleri
  • tomato
  • tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air

Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan sotong. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit sos ikan. Kacau sebentar.
  3. Masukkan semua sayur-sayuran kecuali brokoli dan tomato. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan brokoli dan tomato. Kemudian tuangkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau sebentar sehingga agak pekat. Tutup api.
  5. Semasa menghidang bolehlah taburkan dengan daun bawang.

Tuesday, June 29, 2010

SUP BEBOLA IKAN IPOH

Biasanya kalau ada lauk pedas saya gandingkan dengan sup bagi balance sikit. Gipun anak2 suka lauk2 sup ni. Nak masak sup ni saya refer buku Dapur Xpress Chef Kamarul jugak sama ngan sambal tumis telur tu. Nak buat sup ni simple je tapi sedap.
Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang) :
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 cm halia - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis - ditumbuk
  • 2 tangkai batang daun sup - dipotong
  • 200 gm bebola ikan (fishball)
  • 100 gm kek ikan (fishcake)
    100 gm fucuk - direndam
  • 1 ketul tauhu jepun (tak letak, takde stok)
  • 10 gm daun sup
  • 10 gm daun bawang
  • garam dan lada putih
  • **cendawan hitam kering - direndam sehingga lembut dan dipotong
  • **suhun

**bahan2 yang ditambah sendiri.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Setelah tumisan wangi, masukkan batang daun sup dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
  3. Kacau seketika hingga terbit bau, masukkan air.
  4. Setelah mendidih, masukkan bebola ikan, kek ikan berserta fucuk.
  5. Masukkan pula tauhu jepun, garam dan lada putih.
  6. Renehkan seketika sebelum menutup api.
  7. Hiris daun bawang dan daun sup. Tabur sebelum dihidangkan.


"Di Ipoh, makanan bebola ikan begitu sinonim. Jadi hidangan ini menggunakan nama bandaraya Ipoh bersempena dengan popularnya Sup Bebola Ikan Ipoh."

UDANG GORENG KUNYIT

Lauk tambahan gandingan sambal telur. Masak ni tak sempat refer resepi mana2 sebab last minit decide nak masak lauk ni. Alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan hikhik.

Bahan-bahan :
  • 7-8 ekor udang basah
  • kacang panjang - dipotong 2cm
  • 1 biji bawang besar - dipotong gelang/ikut suka
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
    minyak masak untuk menggoreng/menumis

Caranya :
  1. Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sebentar.
  2. Tumis bawang besar menggunakan 2-3 sudu besar minyak gorengan udang tadi.
  3. Masukkan kacang panjang. Gaul seketika.
  4. Kemudian masukkan udang.
  5. Perasakn dengan garam dan lada sulah. Dah siap.

SAMBAL TUMIS TELUR

Lauk dinner 2-3 hari lepas. Sambil2 rehat petang kat rumah sempat la tengok2 buku resepi Dapur Xpress Chef Kamarul. Nampak lauk telur ni. Selalunya sambal kiter buat simple2 je, ni tengok bahan2 dia sangat2 menarik. Kebetulan bahan2 tu semuanya ada stok, so try la buat.
Result dia FUHH!! SEDAPnyeee..special la rasa dia.
gambar ni tak cun sangat..tapi sambalnye BEST!!


Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang) :
  • 4 biji telur (direbus)
  • 6 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili boh (saya guna cili kering kisar)
  • 1 cm belacan (saya bakar sedikit)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu air asam jawa
  • 1 sudu besar kacang tanah - goreng & tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar santan (saya guna susu cair)
  • garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Rebus telur dan goreng sehingga garing.
  2. Tumis bahan kisar bersam serai.
  3. Masukkan pula cili boh diikuti serbuk kari dan belacan.
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak seketika.
  5. Masukkan kacang, air asam jawa dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan garam.
  7. Tuang di atas telur yang telah direbus, digoreng dan dipotong dua.


"Pastikan telur itu kering sebelum menggoreng kerana jika ada air akan menyebabkan minyak mudah meletup. Jika anda tidak mahu menggoreng telur anda boleh terus sahaja menggunakan telur rebus."

Sunday, June 27, 2010

KHASIAT BAWANG

Salam semua..

Saya nak share sikit info mengenai BAWANG dan khasiatnya yang dipetik dari majalah mingguan wanita yang sama (sebelum2 ni penah citer tentang khasiat makanan). Boleh nak dikatakan hari2 kita guna bawang dalam masakan kan?? Jangan tak tau, ada yang jadikan bawang ni sebagai ulam tau..rupanya memang ada khasiatnya yang tersendiri..semoga info ini berguna untuk semua lapisan umur tak kira tua ataupun muda. InsyaAllah. BAWANG dapat menguatkan organ reproduksi dan meningkatkan libido. Bijinya bawang dapat meningkatkan kualiti air mani dan mengubati penyakit yang berkaitan pundi dan salur kencing.

Pengambilan jus bawang secara rutin membantu mencairkan kahak dan mencegah batuk. Campuran jus bersama sedikit madu pula membantu mencegah jangkitan influenza, bronkitis, batuk kering dan anemia.

Amalan memakan bawang mentah dapat memelihara kesihatan gigi dan melindunginya daripada serangan bakteria. Amalan ini juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh serta menghalang trombosis.

Saturday, June 26, 2010

IKAN BERLADA

Sejak 2 menjak dah jumpa buku senangnya memasak bersama chef hanieliza ni, senang hidup..kekeringan idea nak masak apa boleh gak selak2 buku2 tu, insyallah adala benda nak dimasakkan. Kadang2 maleh gak bukak internet tambah2 bila time slow yang amat.

Terima kasih banyak2 diucapkan kepada chef hanieliza yang telah menghasilkan buku2 resepi yang amat berguna dan mudah saya gunakan untuk menu harian.


Bahan A :
  • 2 ekor ikan selar (saya guna ikan merah)
  • 1 labu bawang besar - dipotong gelang
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit
  • minyak bagi menggoreng

Bahan B (dikisar) :
  • 6 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara membuatnya :
  1. Bersihkan ikan. Kemudian lumurkan garam dan serbuk kunyit.
  2. Gorengkan ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
  4. Masukkan garam dan bawang besar. Kacau rata.
  5. Tutup api dan tuangkan jus limau. Kemudian kacau lagi. Angkat dan tuangkan di atas ikan. Sedia dihidangkan.

Friday, June 25, 2010

SUP TAUHU JEPUN

Menu untuk anak2 digandingkan lauk colek tenggiri. Resepi amik dari majalah RASA edisi bulan puasa tahun lepas, dia suggestkan lauk ni buat sahur. Nak masaknye pun cepat dan senang.


Bahan-bahan : (hidangan untuk 5 orang)
  • 1 liter air
  • 5 biji tauhu jepun
  • 4 ketul ayam - ambil isinya sahaja dan dipotong kecil
  • 6 biji bawang merah - dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2.5 cm halia - dimayang halus
  • 2 biji telur - ambil putihnya sahaja
  • 1 1/2 sudu makan tepung jagung (saya bancuhkan dengan sedikit air)
  • 1 tangkai daun sup - dihiris halus
  • garam dan lada sulah secukupnya
  • serbuk perasa (tak letak)

Cara membuatnya :
  1. Panaskan air dan masukkan bahan yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan pula isi ayam dan tauhu jepun.
  2. Setelah mendidih, masukkan putih telur dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali, perasakan dan taburkan daun sup.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Info Chef : Jangan simpan tauhu jepun di dalam air dan di tempat sejuk beku. Tauhu ini hanya mampu bertahan sehingga 3 hari sahaja.

COLEK TENGGIRI

Sedapnya tak terhingga colek ikan tenggiri ni..dulu masa kecik2 penah makan colek buah cermai (tapi tak reti nak buat camana, mak buat makan je). Semalam cari2 resepi ikan tenggiri kat rumah CMG terjumpa lauk ni..rasanya yang masam2 manis, pedas2 SEDAP sangat2..kalau diratah-ratah pun BEST!! "pecah lioq" orang kedah kata. Saya CnP dari cikmat je.


Bahan-bahan :
  • 4 kepingan ikan tenggiri
  • 1/3 cawan air masak
  • 2 camca besar gula (mat guna 1 camca besar jee)
    2 camca teh garam (mat guna 1 camca teh lebih sikit)
  • 5 biji cili padi (mat guna 10 biji)
  • 2-3 biji limau nipis, ambil jusnya
  • 1 inci belacan, dibakar sedikit
  • 1 biji tomato, didadu
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • sedikit daun ketumbar, dihiris

Cara membuatnya :
  1. Ikan tenggiri dibersihkan, lumur dengan sedikit garam dan panggang hingga masak. Susun dalam pinggan sesuai.
  2. Tumbuk* cili, gula, garam dan belacan hingga hancur.
  3. Campur dengan semua bahan2 lain dan gaul rata.
  4. Tuang atas ikan tadi dan hidangkan segera bersama nasi hangat.
*saya guna blender :)

MANGGA RAWAT PENDARAHAN

KAYA dengan vitamin C dan kalsium. Mangga bukan hanya bagus untuk kesihatan tulang malah berupaya untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh. Nilai perubatan di dalamnya bertindak sebagai rawatan semulajadi merawat pendarahan dalaman.

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, mangga mujarab untuk merawat masalah pendarahan yang dialami oleh wanita hamil dan wanita yang mengalami haid kronik.

Tidak hanya enak diminum, jus mangga berkuasa untuk menguatkan daya ingatan, meningkatkan tahap konsentrasi dan mengurangkan perasaan gementar.


sumber : majalah mingguan wanita

Thursday, June 24, 2010

PELBAGAI KHASIAT CUKA

Info ni amik dari majalah mingguan wanita..rupanya berkhasiat jugak cuka ni ekk...sama2 kita memanfaatkan info ini..


CUKA mengandungi pelbagai khasiat. Cuka beras yang memiliki aroma kuat berkuasa untuk menghilangkan bau hamis pada makanan. Cuka epal pula dapat dimanfaatkan sebagai pengawet makanan dan membantu melangsingkan tubuh.

Selain berfungsi sebagai penambah kelazatan, cuka boleh mengatasi pelbagai gangguan kesihatan. Pengaplikasiannya secara langsung ke atas kulit dapat bertindak sebagai antiseptik bagi menghilangkan kegatalan dan kesakitan akibat gigitan nyamuk serta serangga.

Kajian yang dilakukan oleh Arizona State Uneversity menunjukkan cuka dapat memberi manfaat kepada penderita diabetes. Cuka juga dikenal pasti dapat mengurangkan kekejangan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN