Monday, May 31, 2010

Makanan Membantu Menurunkan Kolesterol

Info ni dapat dari majalah mingguan wanita (tak sure keluaran bila dahni) dah hampir hancur dikerjakan anak2 kiter..
sib baik ada lagi section yg terselamat, jom kita kongsi sama2 sebelum hilang suma ilmu2 ni..

Contoh2 makanan yg tinggi kolesterol adalah seperti udang, kerang, kacang, daging, santan, coklat dan gula (boleh makan tapi kena kurangkan). Banyakkan makan makanan yang mengandungi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

sumber gambar2 : google.

Antara jenis makanan yg boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol ialah :


IKAN
Ikan sememangnya kaya dengan omega-3 yg mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam tubuh. Omega-3 juga boleh mencegah pembentukan gumpalan darah di dalam pembuluh darah. Selain itu, omega-3 juga bermanfaat meredakan sakit arthritis, mengurangkan komplikasi asma dan penting untuk perkembangan kanak-kanak.



BAWANG PUTIH
Ciri penyembuhan yg terdapat pada bawang putih dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan pada tubuh. Ia seterusnya membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi. Minyak asas yg terkandung di dalamnya juga mempunyai kekuatan antibodi, antifungal dan antiviral.



TEMPE
Berfungsi melawan radikal bebas, sehingga mampu mengurangkan proses penuaan dan mencegah penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes, kanser dan lain2). Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol darah, mencegah serangan jantung, hipertensi dan lain2.




TEH HIJAU
Paras antioksidan dalam teh hijau yg tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dgn merencatkan tindakan angio-tensin II. Kandungan polyphenols dan polysaccharides yg terkandung di dalamnya juga dapat memberi kesan manfaat kepada paras gula dalam darah.



ANGGUR
Kandungan mineral dalam anggur dapat membantu menjaga kestabilan gula dalam darah. Ia juga mengandungi karotenoid dan likopen yg tinggi. Kandungan antioksidan dalam anggur pula mampu menjadi pelindung daripada radikal bebas penyebab penyakit degeneratif spt jantung dan kanser.



EPAL
Epal kaya dengan serat, vitamin C dan zat antioksidan yg boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yg boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yg tidak baik. Ia mengandungi antioksidan yg menurunkan risiko masalah jantung dan barah. Ia juga membantu kesihatan kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.





AVOKADO
Avokado mengandungi pelbagai khasiat iaitu tidak ada lemak tepu, tiada kolesterol, kaya dengan fiber dan vitamin seperti folacin, E, B6, C dan mineral. Buah ini juga berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik.




BLUEBERRY
Kandungan ciprofibrate yg terdapat di dalam blueberry dapat membantu kolesterol. Buah ini juga mengandungi vitamin A, C dan kalsuim yg tinggi. Kandungan potassium di dalamnya juga berfungsi mengimbangi tekanan darah bagi pesakit hipertensi, menurunkan risiko strok, mengurangkan risiko asteoporosis dan banyak lagi.

Friday, May 28, 2010

Roti John

Petang ni layan roti john buat minum petang..pikir2 balik kelakar pun ader, bertuah pun ader..sejak2 kenal dunia blog masakan ni, macam2 resepi yg tak penah terlintas langsung dek akal sebelum ni nak masak sendiri. Contohnya ni la, roti john (selalu kan beli kat pasar malam/ramadan jerr). mula tergoda bila tgk kak yatie US buat aritu, dia amik dari kak hana jepun..maybe ada ramai lagi la yg dah try buat, tak sempat nak ninjau suma lagi..resepi saya amik kak yatie punye (sambil layan lagu kat situ..tenang je..best!!). timakasih kak :)





buat 2 ketul je tadi..tak cukup la pulok. Anak2 suka..


baru lepas angkat & potong..panas2 lagi nih




jemput makan!! nanti kiter buat lagi yerr. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan :

150g daging cincang
1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
1 sudu kecil serbuk kari (bancuh dgn sedikit ait)
carrot/kentang- potong dadu kecil (buat kali ni tak letak, next time nak try letak la)
garam dan sedikit gula
2 biji telur
daun sup - dicincang halus
minyak @ butter
roti hotdog (saya guna brand gardenia)
sos cili/tomato dan mayonis
Cara membuatnya :
  1. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot/kentang. Masukkan bancuhan serbuk kari tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
  2. Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi (langkah 1) dan juga daun sup. Kacau.
  3. Panaskan butter/minyak dalam kuali. Tuangkan telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letakkan di atas telur tadi. Kalau kuali besar boleh buat banyak2 sekali. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  4. Paipkan sos dan mayonis. Boleh letak salad dan sebagainya kalau nak. Kemudian tutup roti tu. Potong dan siap. Bolehlah dihidang dan makan nyam nyam.

Iced Chocolate

Tadi jenjalan kat myr terjumpa air ni..nampak sedap jerr..nak membuatnye pun alahai main tuang2 je dah siap..


Bahan-bahan :
  • Coklat Hersheys
  • Fresh milk (kat rumah ni ada dutch lady full cream je)

Caranya :

  1. Masukkan coklat hersheys ke dalam gelas.
  2. Tuang fresh milk slow. Masukkan sedikit ice cubes.
  3. Nak minum kaco2 la sikit bagi sebati coklat & susu tu.

Sedap laaa!!




version dah dikacau..gambar kelabu hasap la pulak..

Tuesday, May 25, 2010

Ikan Siakap Tiga Rasa

Teringin nak makan ikan..selalu makan kat kedai je ikan masak camni..kalau tapau tak best, nak taknak cari la resepi. Yang pastinya senang nak buat dan sedap!!

Jom share resepinya...

sumber : buku senangnya memasak bersama chef hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan bawal/siakap/kerapu
  • 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 3cm halia - dihiris
  • minyak bagi menggoreng ikan

Bahan B (untuk sos)
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan air
  • 1 sudu teh gula pasir

Bahan C (hiasan)
  • daun bawang
  • cili merah - dihiris
  • cili hijau - dihiris
  • 2 biji tomato - potong 4

Cara membuatnya :
1. Sapukan tepung jagung di sekeliling ikan (saya sapu dengan tepung+garam sikit)
2. Goreng ikan menggunakan minyak yg banyak hingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu makan minyak bagi menumis bahan yg dihiris hingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.



Ikan dia rangup. Best!!
Rasa sosnya yg masam2 manis memang menyelerakan..

Sup Cendawan

Digandingkan bersama ikan siakap masak tiga rasa..


Bahan-bahan :
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
sepeket cendawan tiram - dikoyak
1/2 batang carrot - dipotong ikut suka
4-5 ekor udang basah - kopek kulit
air secukupnya
daun sup/daun bawang - potong2
sedikit minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa (kiter guna kiub ayam)

Caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiris sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan udang.
3. Masukkan air dan garam. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan carrot dan cendawan. Didihkan lagi.
5. Siap. Masa menghidang taburkan daun bawang/daun sup.

Kalau nak tambah sayur2 lain pun ok. Kadang2 kiter tambah tauhu jepun (dipotong 8 dan digoreng dulu).

tambah telur dadar skit..
ikut selera anak2..ada yg nak telur jerr, ada yg suka ikan..

Monday, May 24, 2010

Ayam Madu

Jom layan lauk untuk nasi minyak pulak..kiter buat ayam madu..amik dari buku resepi chef hanieliza jugak tajuk ayam..menyelerakan !!

Bahan A :
  • 500g ayam
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 cawan kacang pis (takde)
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 3 sudu makan madu
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit

Bahan B (dikisar)
  • 20 tangkai cili kering (saya guna cili kisar maz je)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia

Bahan C (untuk menumis)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara membuatnya :

1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukupnya bagi menumis (anggaran 1 senduk)
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan yg dikisar dan kacau hingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang pis, bawang besar dan madu. Kacau rata.
8. Apabila sudak pekat dan naik minyak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Memandangkan stok kacang pis saya takde kat rumah, digantikan dengan taburan lada benggala hijau. Sedap!! rangup2 gitu.


Selamat mencuba !!!

Nasi Minyak

Menu lunch semalam..sesaja nak try..amik resepi kat buku senangnya memasak bersama chef hanieliza; tajuk nasi...

senang dan sedap la pulak nak membuatnye..

gambar snap dari dalam periuk jerr, tak sempat nak tabur2 daun bawang & bawang goreng dah, siap je terus nak masuk mulut..
Bahan-bahan :

  • 500g beras basmathi (saya guna beras wangi je)
  • 500 ml air (kuantiti air saya sukat macam nak masak nasi biasa)
  • 3 sudu kismis
  • 3 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi (takde, saya guna butter)
  • 2 helai daun pandan (dikoyak & disimpul)
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit (saya tambah sendiri sbb nak bagi kuning sikit nasik tu)

Bahan menumis :
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 cm halia - dihiris
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara membuatnya :

1. Panaskan minyak sapi/butter dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau rata.
3. Masukkan air, kismis dan garam.
4. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.
5. Masukkan susu cair dan masakkan seperti nasi biasa.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dengan ayam masak merah dan acar timun.

Saya tukar sikit style masak.
Mula cuci beras dan masukkan air macam nak masak nasi biasa.
Kemudian tumiskan bahan tumis dalam kuali hingga wangi dan tuangkan ke dalam rice cooker tadi.
Then, masuk je semua bahan2. Tekan cook. Bila dah masak, kacau2 sikit nasik tu bagi rata. Siap dah nasi minyak kiter.

Saturday, May 22, 2010

Baked Macaroni 'n' Cheese

Jom layan western food pulak..sumanya guna resepi simple jerr, sesuai la dengan selera anak2..
sebelum ni penah buat mac 'n' cheese ni tapi guna resepi lain, kali ni guna resepi kak yatie pulak..sedaplah!!

Bahan-bahan :

A) Macaroni
  • 1 peket makaroni (kiter sesaja campur dengan penne skit)
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
  • air secukupnya untuk merebus makaroni

B) Sos Merah
  • 1 biji bawang besar - dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 botol sederhana sos spagheti Prego (prego tradisional sauce)
  • 200g daging cincang
  • hirisan hotdog
  • 2 keping daun bay (dried bay leaves)
  • sedikit garam dan gula

C) Sos Putih

  • 2 sudu besar butter/minyak zaitun
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 700ml susu segar
  • 4 keping sliced cheddar cheese
  • 1 sudu teh lada hitam

D) Topping - Mozarella cheese


Caranya :

A) Makaroni

  1. Panaskan air, masukkan garam dan minyak zaitun. Tunggu mendidih.
  2. Kemudian masukkan makaroni dan rebus sehingga empuk.
  3. Angkat dan toskan (lalukan dengan air paip/sejuk)

B) Sos Merah
  1. Panaskan minyak zaitun.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  3. Masukkan daging cincang dan hirisan hotdog. Gaul sikit.
  4. Kemudian masukkan sos tomato dan sos prego. Gaul lagi sampai sebati.
  5. Masak hingga mendidih dan daging masak sehingga kuah agak pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap dah sos merah. Ketepikan dan sejukkan.

C) Sos Putih
  1. Panaskan butter/minyak dengan api perlahan.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati (gaul cepat2)
  3. Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan serbuk lada hitam.
  4. Kacau sehingga adunan pekat dan berkilat.
  5. Siap sos putih. Angkat dan ketepikan.

Cara melapis :
  1. Masukkan 1 1/2 cawan makaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas dan rata-ratakan (sapu butter sikit kat loyang tu)
  2. Sudukan separuh adunan sos merah ke atas makaroni dan ratakan.
  3. Sendukkan pula sos putih ke atas sos merah tu.
  4. Taburkan mozarella cheese.
  5. Ulang step 1,2,3 dan 4 hingga penuh bekas/adunan habis.
  6. Bakar makaroni pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga permukaannya keemasan. Sedap dimakan ketika panas atau suam, kalau tak abis masuk je dalam fridge, masa nak makan panaskan guna microwave, still sedap.
Untuk step 1 & 2 tu, kiter gaulkan je makaroni dengan sos merah masa kat dalam kuali (kira shortcut la tu hikhik).

Friday, May 21, 2010

Sambal Sardin

Petang semalam sempat membelek buku2 resepi yg sememangnye berlambak-lambak kat rumah ni. Dalam banyak2 resepi boleh tersangkut kat sambal sardin pulak. Sangkut kat buku resepi senangnya memasak bersama chef hanieliza, tajuk sambal dan sos. Tengok bahan teramatlah senang dan ada kat dalam kabinet tuh. Kejap je dah siap...heheheh nak masak sardin pun kena tgk resepi..sabar jela..inilah saya!!!

Pepon jom layan..sedap jugak walaupun penghuni rumah ni bukan penggemar sardin, tapi abis licin gak lauk ni malam tadi.

Bahan-bahan :
1 tin sardin besar (kiter guna tin kecik jerr, ada 2 ketul ikan)
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah 4 (takde)
1 labu bawang besar - dihiris kasar
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
3 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan dikisar :
15 tangkai cili kering (kiter guna 2 sudu cili kisar maz)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato dan kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan jus limau.
5. Siap dah.

Thursday, May 20, 2010

Sambal Telur


Buat masa ni asyik masukkan lauk dinner je sbb tengahari kiter tak masak..order jerr..bertungku belum abis tempoh, tak sempat nak masuk dapur (alasan ke tu??)

Sambal telur pecah ni salah satu lauk peberet kiter..arwah mak selalu buat masa kiter kecik2 dulu..dah kawin ni baru try buat sendiri, kalau balik kampung suruh kakak tolong buatkan. Simple tapi nyam nyam..
Resepi ni kiter amik dari kak hanieliza
Bahan-bahan :
1 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar (kiter ganti dengan 1 biji bawang besar)
15 tangkai cili kering (kiter guna 2 sudu makan cili kisar maz)
3 sudu makan sos tomato
telur
1 keping asam gelugor (tambah sendiri; tak brape terer nak guna air asam jawa takut terlebih masam)
garam dan gula secukupnya
sedikit air (nak bagi berkuah sikit)
bawang besar - dipotong bulat2 (terlupa letak dah siap suma baru teringat; sabar je la)
Caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan sos tomato, gula dan garam. Gaul rata.
3. Pecahkan telur dan biarkan seketika. Jangan kacau tau.
4. Masukkan bawang besar yg dipotong bulat tadi dan kacau sedikit.
5. Bila nampak bawang dah layu bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan. Sedia untuk dimakan.

Wednesday, May 19, 2010

Makaroni Goreng

Malam tadi tingin nak makan makaroni goreng. Best la pulak. Cepat dimasak sedap dimakan hihihi cam iklan megi lak.


Resepi amik dari kak diana. Jemput makan !!



Bahan-bahan :
1 paket (500g) makaroni (kiter campur dengan spiral sikit)
12 ekor udang - dibersihkan (takde stok, ganti isi ayam)
150g daging cincang
4 biji telur - digoreng pecah2
1 ikat sawi - dipotong selebar 2 inci
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tomato
1/4 cawan bawang goreng
garam & gula secukupnya
serbuk perasa (optional)
minyak untuk menumis



bahan untuk dikisar :
15 tangkai cili kering - direndam dengan air panas
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 1/2 sudu teh serbuk jintan halus (untuk aroma)




Caranya :
1. Panaskan secukup air dalam periuk dan letakkan 1 sudu besar minyak masak. Bila air telah mendidih masukkan makaroni/spiral dan rebus sehingga ia masak. Bila telah masak angkat dan toskan. Minyak masak digunakan supaya makaroni yang ditoskan tidak melekat di anatara satu sama lain.
2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan yg dikisar sehingga naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan daging cincang dan bila sudah bertukar warna, masukkan pula udang. Kacau sedikit sehingga bertukar warna.
4. Masukkan sawi dan telur yg telah disediakan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan pula makaroni yg telah direbus tadi. Gaul makaroni dan rempah sehingga rata.
6. Taburkan bawang goreng dan gaul sehingga sebati. Sedia untuk dihidang.

Monday, May 17, 2010

Ayam Kicap Halia

Lauk dinner...sedap !! buat sikit je tadi tak sangka sesedap ni, tak puas makan..nanti nak buat lagi la..idea & resepi amik dari kak DJ.

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil2, digaul dengan garam & kunyit dan digoreng sehingga masak)
1 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1-2 sudu cili kisar (terlupa letak so ganti dgn 2-3 biji cili padi)
1 keping asam gelugor
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis

bahan yg kiter pandai2 tambah sendiri sbb ada stok :
1 biji kentang - dihiris nipis & digoreng
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
1 biji lada benggala

Caranya :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga terbit bau dan pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan sedikit air.
3. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
4. Kemudian masukkan ayam, asam gelugor dan kicap manis.
5. Gaulkan. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
6. Campurkan kentang, bawang besar dan lada benggala. Kacau sikit dah siap.

Bubur Tomyam

Buat untuk dinner malam tadi..senang & sedap..jom nyam nyam...

Sumber : Buku resepi prima

Bahan-bahan A :
100g beras
1 1/2 liter air
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
3-6 sudu makan bawang goreng
3-6 sudu makan daun ketumbar

Bahan-bahan ditumis :
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - dihiris
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit pes tomyam
2 kiub stok ikan bilis (kiter guna stok ayam, bilis takde)
1 helai daun limau purut

Bahan-bahan dipotong halus :
70g isi udang
70g daging (takde jugak)
70g sotong
70g isi ayam

Caranya : (dah edit ikut cara sendiri)

Masak bubur dulu;
Cuci beras & masukkan air, daging, ayam & daun pandan. Rebus sehingga kembang (jadi bubur). Kacau sekali sekala. Bila dah kembang masukkan garam secukup rasa.

Untuk tomyamnye :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan untuk ditumis hingga naik minyak.
2. Masukkan udang & sotong.
3. Tambahkan sedikit air. Setelah masak bolehlah diangkat dan hidang dalam mangkuk.
4. Semasa menghidang, masukkan bubur ke dalam mangkuk kemudian tuangkan tomyam tadi ke atas bubur. Hias dengan bawang goreng & daun ketumbar.

Hidangan ini sesuai dimakan seisi keluarga. Rasa masam dan manisnya pasti membuka selera.

Saturday, May 15, 2010

Ayam Kung Pao

Lauk dinner...resepi amik dari kak noorma. Geram sangat tengok gambar kat blog akak, tapi buat sendiri tak sama kaler la pulok. Tak cukup hitam kaler dia (kurang sos tiram kot).
Tapi td anak kiter cakap "sedapnya bau". Rasa dia pun sedap jugak.

Bahan-bahan A :
600g ayam (buat sikit je tadi sebab ahli makannye kurang)
Tepung jagung
garam

Bahan B :
100g kacang gajus (goreng & toskan minyak) - tadi takde stok
30g cili kering (pilih yg lebar2 & potong 1.5 inci panjang)
2 biji bawang besar kuning (potong dadu lebar)
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada benggala hijau (capsicum) - potong lebar
3 sb sos tiram
2 sb sos cili
minyak untuk menumis
garam - tak letak sbb sos tiram dah masin


Caranya :
1. Bahan A - Ayam disalutkan dengan garam & tepung jagung. Goreng & toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Goreng cili kering & ketepikan.
4. Tumis bawang putih & halia sehingga garing. Masukkan bawang besar.
5. Masukkan lada benggala, ayam, sos tiram, sos cili & sedikit air.
6. Biarkan kering & masukkan kacang gajus. Kacau sikit & matikan api.
7. Sedia untuk dihidang.

Telur dadar sosej


Ni salah satu lauk untuk anak-anak 2 hari lepas. Si abang asyik nak makan telur jerr, letak la sikit sosej & brokoli. Dah banyak kali buat kadang diorang makan, kadang tengok jerk. Mencabar betul nak bagi anak2 makan nih.

Wednesday, May 12, 2010

Ikan Tenggiri / Ayam Goreng Halia


Memandangkan sekarang kiter tengah berpantang (seminggu bersalin), so menu orang berpantang je la yg menghiasi blog nih. Boring sikit tapi nak buek camno..layan je laa hikhikhik.


Sumber : Aidura


Bahan-bahan :

1 keping ikan tenggiri / ikan haruan / ayam

4cm halia - dihiris & digoreng

2 sb minyak bijan

1-2 sb kicap manis

1/2 sk serbuk kunyit

1/2 sk garam


Caranya :

1. Lumur ikan dengan garam & kunyit. Biarkan selama 20 minit.

2. Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan gaul rata.

4. Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Siap dah.

5. Siap dah. Makan dengan nasik panas-panas sedap tau.

Tuesday, May 4, 2010

Roti Sosej

Roti sosej ni kiter penah try buat dah. Ok sedap tapi gambar biasa la tak brapa cantik. Cam tingin pulak nak buat tapi esok dah nak bersalin, rehat2 je lah. Nanti2 lah buat gi skali.

Sumber : Kak Noorma

Bahan-bahan :

5 keping roti
5 batang sosej-dibakar, direbus, digoreng
1 biji telur

Caranya :
1. Lenyekkan roti sehingga nipis.
2. Bentangkan roti, letak 1 batang sosej.
3. Gulungkan dan 'gam'kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu celup)
4. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan. Angkat dan toskan.
5. Potong menyerong atau ikut suka.
6. Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN