Monday, July 19, 2010

NASI BERIANI & AYAM MADU

Menu weekend minggu lepas. 1st time buat nasik beriani sebenarnya, asyik bertangguh nak beli beras basmathi je. Resepi amik dari buku resepi chef hanieliza. Best laa cam tak caye je buat nasik beriani sesedap ni hikhik...

Geng dia buat ayam madu..sama gak guna resepi buku chef hanieliza. Penah buat sebelum ni, buat lagi sebab SENANG dan SEDAP!!


Tambah sikit, buat acar mentah...letak timun, carrot & bawang je then gaul2 dengan cuka, gula & garam.
ENJOY!!!
Dah pukul 12.30 jap lagi anak2 balik dari taska, lenkali kiter edit & letak resepinye yerr.

Friday, July 16, 2010

PUDING ROTI PELANGI

Selamat petang...

Dah ada plan untuk minum petang ni?? kat rumah ni kang hero2 kecik ni bangun nak makan puding roti pelangi ni la..rasa dia sedap (tadi si abang dah rasa sikit, tergoda dengan corak & kaler2 puding tu). Dah bgtau dia kita makan lepas bangun tido karang...resepi ni semua dah tahu kot kak hana yang punye..thanks kak telah merekacipta resepi yg senang & sedap nii.


buat dalam bekas eskrem jerr..just nice tak banyak sangat sesuai untuk perut2 di rumah ni..

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8g serbuk agar@sepeket (kat sini jual peket 10g)
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air (cawan saya pun sama cam kakhana 230ml gak)
  • pewarna merah,kuning & hijau (terpulang masing)
Caranya :
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati (saya pun guna kaler merah, hijau, kuning sama ngan kakhana).
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. Kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang ke atas warna hijau tadi. Biarkan puding gerak sendiri ke tepi, tak payah ratakan atau kacau. Kemudian ambil pula warna kuning, tuang di atas warna merah pula. Ulang dan ulang sampai abis. Ketika melapis/memarblekan hendaklah dengan cepat sebab puding/agar2 ni mudah sejuk/membeku.
  6. Dah siap bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.
Jemput makan !!

**sebelum ni penah buat versi marble coklat tapi guna serbuk coklat van houten.. pahit sikit laa..lenkali nak try guna coklat emulco pulak laa..

BABY BREAD PUDDING

Hehe seronok buat baby bread pudding ni. Senang, cepat, sedap. Lama dah tak beli roti gardenia slice tu. Selalu kalau beli asyik tak abis je. Kali ni dah plan nak buat apa dgn roti sebuku tu. Harap2 sempat abis sebelum expired.

Idea & resepi ni saya amik dari kak hana. Memang dapat 6 ketul pun, cukup la untuk rakyat rumah ni, 3 kerat je nak makan.


Bahan-bahan :
  • 3 keping roti 'Gardenia'
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula halus (castor)
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 titik esen vanila
  • sedikit mixed fruit/kismis/kurma - ikut selera/stok
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding
  • mangkuk mauffin - disapu marjerin (tak sapu pun tapi mmg melekat u, jenuh korek)
  • sedikit cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
  • colour rice untuk tambah seri - terlupa letak excited sgt nak masuk oven


Caranya :
  1. Potong kiub roti.
  2. Dalam mangkuk, campurkan tepung, gula, susu, telur dan esen vanila.
  3. Masuk roti, kasi terendam semua.
  4. Masukkan kismis dan taburkan serbuk cinnamon. Gaul sebati.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup.
  6. Bakar dengan suhu 170 selama 35-40 minit atau hingga kekuningan.

Thursday, July 15, 2010

CUCUR JAGUNG

Dah bekpes ke?? Orang dah nak lunch baru nak citer pasal bekpes ekk..sesaja layan n3 kejap sebelum nak masak untuk lunch. Layan cucur jagung hari ni. Sedap pulak sebab guna jagung tongkol segar. Selalunya buat guna jagung tin je, kurang la sikit uumph dia. Kebetulan pegi pasar segar weekend aritu ada pulak jagung ni. Pekena pulak dengan nescafe panas tadi, alhamdulillah kenyang dan puas bekpes tadi. tapi tu la makan sorang2 je kat rumah. Anak2 gi taska, abah keje. Goreng 1 kuali je tadi.

Cekodok semua orang tau buat kot, cuma cara & bahan2 mungkin sedikit berbeza. Selalunya kita guna apa yg ada kat dapur la kan.

Bahan-bahan :
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
  • 1 tongkol jagung (disiang isinya)
  • 1 biji cili hijau (dihiris)
  • daun kucai
  • 2-3 biji bawang merah
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Caranya :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Sementara itu campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak ke dalam mangkuk (air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga cukup kepekatannya untuk cekodok).
  3. Sudukan (jemput guna tangan lagi best) dan goreng sehingga kekuningan.
  4. Apabila sudah masak, bolehlah dinikmati bersama sos cili.
**Tadi terlupa nak masukkan minyak panas dalam bancuhan tepung tu. Kalau letak minyak panas sesudu dua boleh menambahkan kerangupan cucur tu.

Wednesday, July 14, 2010

IKAN BAKAR TOMYAM

Menu dinner malam kelmarin. Refer buku resepi senangnya memasak bersama chef hanieliza lagi. Lama2 lunyai buku ni asyik dok dapur hikhik. Nak buatnye sangat senang dan sedap.

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis atau limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kasturi
  • Aluminium foil

Bahan B (dikisar) :
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

AIR TEH DANGDUT

Tadi tengok dapur kak hana pastu jenguk dapurmas terbekenan dengan air teh ni sebab senang nak buat..buat segelas kecik je saja2 try..buih tak wow sangat naiknye..kena lama lagi kot tarik baru dapat buih menggunung..kak mas punye buih dasat betoi..


Bahan-bahan :
  • 2 uncang teh
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar susu cair (optional)
  • Air panas ikut gelas

Caranya :
  1. Rebus teh dengan secawan air. Pastikan teh tu pekat (bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je).
  2. 1 cawan air panas, campur susu pekat dengan susu cair dan tarik sampai berbuih-buih (penah dengar ada orang kata susu cair tu yang jadikan buih).
  3. Masukkan susu tu ke dalam gelas sekali dengan buih-buih tu sekali.
  4. Akhir sekali baru masukkan teh pekat tadi ke dalam susu tu. Masukkan perlahan-lahan.
**sukatan air dan susu ikut citarasa dan saiz gelas. Tadi saya buat gelas kecik tapi ikut resepi tu sebijik2, berlebih-lebih pulak susunya. Teh lak masa amik gambo ni tak masukkan suma, sbb tu tak nampak gelap kaler dia. Bila dah kluarkan sikit susu & tuang teh kesemuanya baru cantik tapi dah malas nak amik gambo. Rasa dia ok gak, sama geng ngan teh tarik la ni.

Saturday, July 10, 2010

JANGAN MUSUHI KARBOHIDRAT WALAU BERDIET

Hari ni nak share sedikit info diet untuk tatapan kita bersama. Dipetik dari majalah mingguan wanita 11-17 Jun 2010. Info pendek2 cenggini rajin jugak la nak taip, kalau panjang berjela tak larat la nak ngadap lama2 kat depan laptop ni, kang spelling semua berterabur pulak. Sama2 kita manfaatkan info ni ye :)

Ramai yang dalam proses diet memusuhi karbohidrat. Mereka menganggap karbohidrat menjadi penyebab berat badan meningkat menjadi-jadi. Bagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa salah satu jenis karbohidrat iaitu RESISTANT STARCH banyak membantu menurunkan dan mempertahankan berat badan. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah memilih karbohidrat yang betul. Berikut diberikan beberapa jenis karbohidrat yang boleh membantu turunkan berat badan anda :


KENTANG
Kentang kaya dengan vitamin C, kalium dan 'resistant starch'. Sebiji kentang berukuran sedang mengandungi sekitar 26 gram karbohidrat. Bentuk karbohidrat paling banyak dalam kentang adalah zat tepung (starch). Sebahagian zat ini tidak boleh dicerna oleh enzim2 di dalam perut dan usus kecil sehingga biasanya mencapai usus besar dalam keadaan masih baik lagi.

Resistant starch ini dinyatakan mempunyai kesan fisiologi dan manfaat sihat yang sama dengan serat. Ia membanyakkan tinja, mencegah kanser kolon, memperbaiki toleransi glukosa dan sensitiviti insulin, menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida, membuat rasa kenyang serta mengurangi simpanan lemak.


PASTA
Pasta juga mempunyai resistant starch. Cuba ambil mi yang dibuat daripada tepung kacang buncis untuk mendapatkan kandungan serat ekstra.



STRAWBERI
Buah berwarna merah dan berbentuk seperti hati ini kaya dengan vitamin C, serat, folat dan kalium. Disebabkan ia kayan dengan gula semulajadi, strawberi sangat sesuai untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis.


JAGUNG
Untuk memenuhi keperluan karbohidrat kompleks, anda boleh mengambil beras merah yang dicampurkan dengan jagung. Selain mengandungi karbohidrat, jagung juga kaya dengan nutrisi lain seperti kalsium, serat, lemak, folat, besi, magnesium, niasin, fosfor, kalium, protein, gula, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.
Kandungan serat dalam jagung membantu menurunkan kolesterol dan mengurangi risiko kanser kolon. Selain itu, jika diambil dalam jumlah yang sederhana, jagung juga bermanfaat bagi pesakit diabetes. Kandungan folat di dalamnya juga amat penting terutama pada waktu2 kehamilan.
Di samping itu, kandungan thiamine dalam jagung juga dikatakan membantu proses metabolisme karbohidrat. Ambillah jagung secara teratur dalam jumlah yang sederhana untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular.



UBI BIT
Ubi ini merupakan salah satu pilihan makanan sumber karbohidrat kompleks yang boleh menjadi pilihan anda. Ia tidak hanya sesuai diambil dalam bentuk jus tetapi juga boleh dipanggang, dikupas dan seterusnya ditaburi minyak zaitun serta cuka. Selain mengandungi besi, ia juga mengandungi asid folat dan juga serat.


KACANG POLONG
Kacang ini kaya dengan serat, protein dan 'resistant starch'. Satu cawan kacang polong masak mengandungi 9 hingga 13 gram serat. Kandungan serat larut di dalamnya membantu menurunkan kolesterol.

Friday, July 9, 2010

TELUR GAYA MAHARANI

Lauk tambahan..simple tapi nak buat tgk resepi gak hihi..refer buku resepi Dapur Xpress Chef Kamarul. Lauk tak pedas camni seisi rumah boleh makan, si kecik pun layan..


Bahan A : Telur Hancur
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 10 gm daun bawang (dihiris)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 sudu besar air
  • garam dan lada putih secukup rasa

Bahan B : Sampingan

  • 2 biji bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 20 gm ikan bilis
  • 2 biji ubi kentang - dihiris nipis
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 tangkai cili merah
  • 30 gm bawang goreng
  • garam, gula dan lada putih secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 10 gm daun bawang - dihiris

Cara membuatnya :

Bahan A
  1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan daun bawang, cili merah, air, garam dan lada putih.
  2. Pukul sebati dan goreng menggunakan mentega dan sentiasa kacau sehingga telur masak.
  3. Angkat dan alihkan.

Bahan B :
  1. Gaulkan ubi kentang bersama garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga agak garing dan masukkan ikan bilis dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah digoreng, cili merah dan juga telur tadi.
  4. Masukkan garam, gula dan lada putih secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan daun bawang dan bawang goreng.

"Kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi dalam hidangan ini menjadikannya sangat sesuai dimakan semasa waktu sahur pada bulan Ramadan. Ini bukan sahaja menambah selera malah dapat membekalkan tenaga sepanjang hari"

Thursday, July 8, 2010

TAUGEH DAN CENDAWAN KUKUS

Jarang beli taugeh ni. Kalau beli pun sikit2 je sebab taktau nak masak apa sangat guna taugeh.

Dah 'ter'beli taugeh kena la ninjau2 resepinya pulak. Selak2 buku dunia masakan chef sabri jumpa resepi ni. Menarik!! Sedap gak..resepi dia untuk 8 orang makan, kalau nak buat sikit kena adjust2 sikit la ye.

Bahan-bahan (hidangan untuk 8 orang makan):
  • 600 g taugeh
  • 100 g cendawan shitake
  • 80 g cendawan butang
  • 80 g cendawan hitam (cendawan ni je saya ada)
  • 100 g lobak merah - dihiris halus
  • 80 g daun bawang - dihiris panjang
    10 g bawang putih - dicincang
  • 15 g halia - dicincang
  • 20 g cili merah - dihiris
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 8 sudu makan kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Campurkan kicap, sos tiram, sedikit air, halia, bawang putih, garam dan gula.
  2. Sementara itu, letak sayur-sayuran di atas pinggan yang hendak dikukus dan tuangkan campuran kicap tadi.
  3. Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 10 minit.

AGAR TAUGEH LEBIH TAHAN LAMA
"Rendamkan taugeh bersama asam keping di dalam bekas yang mengandungi air dan simpan di dalam peti sejuk"

SOTONG GORENG KUNYIT

Lauk terkejut..asal last minit je goreng kunyit ni la buat penambah lauk..tak kisah la udang ke sotong ke or apa2 je yg senang lembut bila terlambat kluarkan dari freezer.



Bahan-bahan :
  • segenggam sotong yang telah dihiris
  • 2-3 urat kacang panjang/buncis
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • tepung jagung
  • minyak masak
Caranya :
  1. Lumurkan sotong dengan garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng seketika, angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, cili merah dan kacang panjang/buncis (saya goreng kejap je, suka kacang tu rangup2 sikit).
  3. Masukkan sotong goreng tadi, perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau rata. Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi (nak ratah je pun ok).

Wednesday, July 7, 2010

MIHUN GORENG

Salam semua..apa khabar, sihat??

Lama dah tak breakfast makan mihun masak sendiri. Biasanya kalau berat2 camni beli je.

Bahan-bahan (hidangan untuk 2 orang) :
  • 2 keping mihun cap bintang - direndam sehingga lembut (saya guna cap bintang sbb senang nak amik sekeping2)
  • isi ayam
  • udang segar
  • sotong
  • fishball/fishcake
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • sos tiram
  • kicap manis
  • sos tomato
  • carrot - dipotong kecil2
  • sedikit taugeh
  • sedikit kucai
  • garam dan gula secukup rasa
  • bawang goreng
  • daun sup/daun bawang
Caranya :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Biarkan cili garing seketika.
  3. Masukkan udang, sotong, isi ayam dan fishball/fishcake. Kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap manis diikuti dengan carrot. Kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan mihun dan kacau sehingga sebati.
  7. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau seketika dan tutup api.
  8. Semasa menghidang taburkan hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.

Tuesday, July 6, 2010

IKAN MASAK MASAM MANIS

Hari tu beli ikan macam2 jenis..lepas ni jenuh masak ikan, maunya hari2 ikan, ikan, ikan..

Ni menu brapa hari lepas ntah..snap gambo tapi tak masuk n3 lagi, tak brapa sempat..refer buku senangnya memasak IKAN bersama chef hanieliza. Memang senang pun heheh..

Bahan A :
  • 2 ekor ikan kerisi (saya guna seekor kerisi, 1 ketul bawal)
  • garam dan kunyit

Bahan B (untuk sos) :
  • 5 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 cm halia - dihiris
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 biji cili merah - dipotong nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato - dipotong 6
  • 1 pokok daun bawang dan daun sup
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak

Caranya :
  1. Ikan dilumur dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Kemudian masukkan cili merah, garam (sekiranya perlu) dan gula.
  5. Apabila kuah pekat, tuangkan di atas ikan tadi.
  6. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.

"Kalau nak pedas boleh gantikan sos cili dengan cili kisar"

NASI GORENG

Hikhik nasik goreng pun nak tayang ekk..takpelah kot2 ada yang leh buat sumber inspirasi tengok nasik goreng ni. Aritu la jenjalan kat dapur matgebu nampak dia penah buat camni, teringin pulak. Dulu masa kat kampung rajin gak buat cenggini, kalau ada sambal belacan dinner tak abis, esok paginya memang jadi la nasik goreng. Senang je nak buat.


Bahan-bahan :
  • Nasi sejuk
  • sambal belacan (*tengok kat bawah)
  • sedikit garam (jika perlu)
  • sayur pok choy (ikut selera la nak letak sayur apa)
  • bawang besar (dihiris)
  • 2 biji telur

Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis sambal belacan sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bawang besar dan sayur.
  3. Masukkan telur. Biarkan keras sedikit kemudian gaul rata.
  4. Masukkan nasi. Gaul hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam. Dah siap.
  6. Makan dengan keropok ikan pun sedap.

Sambal Belacan :
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 cm belacan
sedikit garam
perahan jus limau nipis

Tumbuk kesemuanya kecuali air limau nipis. Akhir sekali masukkan jus limau nipis ATAU nak senang lagi masukkan kesemuanya dalam blender (campur air sikit) then ON. Siap!!

Monday, July 5, 2010

KEK PISANG KUKUS

Weekend aritu bawak kek ni gi minum petang kat rumah mertua. Guna resepi sama dengan yang aritu jugak, kakak kat kampung ajar. Kejap sangat nak buatnye.


Sumber : kak ruby

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula perang atau 1/2 cawan gula putih
  • 1 sudu kecil ovelet
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan pisang (lenyek)

Caranya :
  1. Ayak tepung gandum bersama soda.
  2. Blend telur, gula, ovelet & garam sampai kembang.
  3. Masukkan minyak, susu cair & susu pekat. Blend lagi sampai kembang.
  4. Masuk pisang dan blend lagi.
  5. Masukkan bahan yang diblend tadi dan kacau bersama tepung.
  6. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.
**Masa kukus tutup loyang dengan aluminium foil supaya wap tak jatuh atas kek tu.

Sunday, July 4, 2010

KUETIAU LADNA

Salam malam semua..dah banyak hari tak update blog ni..ntah apa la yg dibzkan..

Dinner buat kuetiau ladna pulak. Resepi refer buku Dapur Xpress Chef Kamarul. Sedap tapi masa nak hidang & makan 'ter'kering pulak. Mana pi kuah dia ntah. Maybe terlebih air tepung jagung kot..tu la nak pekat2 sangat sampai ilang abis kuah.



Bahan A :
  • 300 gm Kuetiau
  • 1 sudu besar kicap lemak masin
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan B : Kuah
  • 100 gm udang (dibuang kulit)
  • 100 gm sotong (dipotong kiub)
  • 100 gm isi ayam (dihiris)
  • 1 biji telur (putih)
  • 100 gm lobak merah (dihiris)
  • 50 gm kailan
  • 10 gm jagung muda
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung (dicampur air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan stok ayam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • lada putih secukup rasa

Cara membuatnya :

Bahan A :

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tuangkan kicap dan masukkan kuetiau. Goreng seketika, angkat dan letakkan di dalm pinggan.


Untuk kuah :
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam, sotong dan udang.
  3. Masukkan sos tiram dan stok ayam.
  4. Selepas itu masukkan semua sayur-sayuran.
  5. Masukkan pula kicap cair dan lada putih.
  6. Pekatkan dengan tepung jagung dan masukkan telur, kacau dan tutup apinya.
  7. Akhir sekali tuangkan di atas kuetiau tadi.

"Hidangan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak terlalu pedas. Pesakit yang mempraktikkan 'soft diet' terutama selepas pembedahan juga amat sesuai menikmati hidangan ini"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN