Friday, April 30, 2010

Sup Ayam dan Nasi Putih

Rasanya ramai yang dah expert kot nak buat sup ayam. Sesaja nak letak jugak resepi sup ayam mudah untuk menu anak-anak ni. Jom layan!!

Sumber : Panduan pemakanan anak sihat & pintar

Bahan-bahan :
6 ketul isi ayam
1 liter stok ayam (kiter letak kiub ayam je)
2 biji bawang besar - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang carrot - potong dadu
3 batang saderi - potong kecil
2 biji kentang - potong dadu
garam & minyak secukupnya

Caranya :
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang bersaiz sederhana dengan api yg sederhana. Tumis bawang besar & bawang putih yg sudah dihiris td. Biarkan garing atau sehingga bawang berubah menjadi warna kekuningan.
2. Masukkan stok atau air rebusan ayam dan isi ayam yg sudah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan mendidih & kacau sekali sekala. (Kalau guna kiub ayam, masukkan air dulu then kiub)
3. Selepas itu, masukkan batang saderi & carrot. Biarkan mendidih lagi.
4. Masukkan ubi kentang & kacau lagi. Biarkan semua bahan masak.
5. Setelah semuanya empuk, perlahankan api dan biarkan sup mendidih lagi selama kira2 10 minit.
6. Siap. Sup ini lebih sedap jika ditaburkan sedikit daun sup & daun bawang ke atasnya.
7. Selain daripada dimakan bersama nasi putih, sup ini juga boleh dimakan bersama bubur nasi.

Selamat Mencuba !!!

Thursday, April 29, 2010

Tempe Goreng & Sambal Kicap

Sedap!! Try la buat. Kalau tak buat lauk, jadikan tempe goreng ni kudap-kudapan. Makan panas2 lagi sedap sebab rangup.


Sumber : kak hana
Bahan-bahan :
Tempe (ikut suka banyak mana ikut brapa ramai yg nak makan)
1 cawan tepung gandum
1 sk ketumbar (kiter guna coriander leaves-kering) - ada jual kat giant,carrefour etc.
3 ulas bawang putih
Serbuk kunyit
Sedikit garam & air

SAMBAL KICAP :
Segenggam cili padi
2 ulas bawang putih
gula (kalau letak banyak jadi pedas2 manis..sedap)
kicap manis

Caranya :
1. Potong tempe menyerong nipis2 supaya rangup.
2. Tumbuk bawang putih & ketumbar.
3. Campurkan tepung dengan bahan tumbuk dan serbuk kunyit.
4. Letak garam sikit. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair (macam tepung goreng pisang)
5. Panaskan minyak, celup tempe dalam bancuhan tepung & goreng sehingga kekuningan.



Sambal kicap :
Tumbuk cili, bawang putih & gula. Dah siap masukkan kicap.
Kalau guna blender, masukkan semua bahan & campur air sikit (jgn byk sgt cair sgt tak best lak)
Enjoy!! cicah la dengan tempe goreng tadi. Kalau tak abis simpan dalam peti ais bole makan dengan sup ayam/tulang/daging. Cicah goreng pisang pun sodap. Jowwo la sikit.

Paprik Campur

Best la paprik ni. Buat bagi berkuah pun ok. Yang bestnye sbb semua ada dalam ni. Nak letak daging pun ok, ikut stok dalam peti ais masing2.



Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
Udang segar
Sotong
Isi ayam - dipotong kecil
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - diketuk
beberapa helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 4
5 biji cili padi - diketuk
Bunga kobis, jagung muda, carrot, kacang panjang/buncis
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis
Garam, gula

Caranya :
1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi tadi.
3. Masukkan semua jenis sos tadi diikuti dengan ayam, udang & sotong.
4. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.
5. Masukkan serai, daun limau purut & sayuran.
6. Bila dah mendidih, masukkan pula bawang besar & tomato.
7. Perasakan dengan garam & gula.
Semasa menghidang perahkan sedikit limau kasturi.
Jom makan !!

Bubur Nasi Berempah

Gambar belum ada. Tak amik gambar la pulak masa buat hari tu. Kes tak sabar nak makan. Nanti bila2 ada gambar cantik kiter masukkan buat cuci mata kasi terliur.
Buat hari tu tak letak santan pun, takde stok malas pulak nak gi beli.

Sumber : buku resepi prima

Bahan-bahan :
240 g beras
750 ml air
2 sb minyak sapi
2 ulas bawang merah - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 cm halia - dicincamh halus
1 helai daun pandan
2 keping dada ayam - didadu kecil
100 g daging kisar
1 sb rempah kari daging
1 sb lada putih
500 ml santan pekat
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 helai daun ketumbar
1/2 sk perasa ayam (jika suka)

Caranya :
1.Masukkan beras dan air, jerang di atas api yg sederhana sehingga lembut.
2. Kemudian panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, bawang, merah, bawang putih & halia sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar & potongan dada ayam.
4. Masukkan serbuk lada putih & serbuk kari.
5. Kemudian, masukkan daun pandan, perasa ayam & garam secukup rasa.
6. Bila sudah masak, campurkan kesemua bahan yg ditumis tadi ke dalam rebusan nasi.
7. Bila bubur sudah hampir masak, masukkan santan dan masak sehingga pekat.
Akhir sekali, bolehlah diangkat dan hidang dengan hirisan daun bawang dan daun sup.

Kek Pisang Kukus

Ni resepi kakak kiter. Rasanya dia buat jual jugak kot ntah tak sure. Kalau ada tempahan je kot. Senang sangat nak buat kek ni, cepat laktu. Guna blender jerr.

Tapi sesapa tgk gambar ni maybe tak terliur sebab tuan empunya fail bab bergambar nih. Tapi rasa dia sedap..try & ENJOY!!!

Sumber : Kak Ruby

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
3 biji telur
1 cawan gula perang atau 1/2 cawan gula putih
1 sk ovelet
1/2 sk garam
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan pisang - dilenyek

Caranya :
1. Ayak tepung gandum bersama soda.
2. Kisar telur, gula, ovelet & garam menggunakan blender sampai kembang.
3. Masukkan minyak, susu cair & susu pekat kemudian blend lagi.
4. Masukkan pisang, blend lagi.
5. Masukkan bahan yg di blend tadi ke dalam bekas & kacau dengan tepung tadi.
6. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.

Tips : Tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya wap tak jatuh atas kek. Ada jugak yg balut penutup kukusan dengan kain, mana2 pun ok janji wap tak kena kek tu.

Wednesday, April 28, 2010

Sambal kentang/bilis kering


Mana ekk amik resepi nii tak ingat dah. Tapi senang & sedap. Buat lauk ok or nak gigit2 depan tv pun sodap.


Bahan-bahan :
2 biji kentang - dihiris nipis & digoreng
secekak bilis - digoreng
kacang tanah - digoreng
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sb cili giling @ 6 biji cili kering
air asam jawa
garam, gula

Caranya :
1. Tumis bawang merah, putig & cili giling hingga garing.
2. Tambah air asam jawa, garam, gula & kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan bilis, kentang & kacang yg telah digoreng tadi. Kacau sehingga kering.
4. Siap.

Nasi Goreng

Nasi goreng ni dah banyak kali try. Tapi setiap kali buat memang tak letak cili padi sebab anak kecik2. Pastu sekang dah edit skit, masa nak makan baru letak cili padi then goreng sikit lagi. Baru la 'kick'. Perut melayu la katakan.
Kes malas bilis pun tak blend, tu sekor2 tergolek. Janji rangup.


rujukan : kak diana


Bahan-bahan :
4 cawan nasi sejuk
2 biji bawang besar - potong dadu
4-5 biji cili padi - hiris halus
3 biji telur - digoreng scramble & ketepikan
1 biji kentang - dipotong dadu, digoreng & ketepikan
7-8 ekor udang - kupas kulitnya, dipotong dadu, digoreng & ketepikan
1/2 cawan ikan bilis - digoreng & dikisar kasar
1 cawan sayur campur (tak guna frozen punye tak sedap).
5 sb kicap lemak manis (cap kipas udang best)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili padi & bawang yg telah didadu tadi. Goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan telur scramble, kentang & udang yg digoreng td, kemudian masukkan sayur campur. Gaul sebati. Taburkan garam secukup rasa.
3. Masukkan nasi sejuk & gaul sebati.
4. Tuang kicap & tabur ikan bilis yg diblender td & gaul lagi sehingga sebati.
5. Dah siap.

Friday, April 23, 2010

Macaroni 'n' Cheese

Resepi ni dah pernah buat..sedap tau!! dulu masa buat tak amik gambar pun sbb time tu belum terpikir nak ada blog bagai nii..siap je terus makan..insyaallah ada gambar nanti, kiter masukkan yerr.

Sumber : Resepi Diana

Bahan-bahan (sos merah) :
1 peket (500g) macaroni San Remo (boleh guna spiral atau elbow, ikut suka)
1 botol besar sos spagheti (Prego)
400g daging cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan (sos putih/cheese) :
1 buku 250g keju cheddar - diparut
500-600ml susu segar
2 sb tepung gandum


Caranya :
Rebus macaroni/spiral sehingga lembut (letak minyak zaitun & garam sikit). Dah masak (lembut) angkat & toskan.

Untuk sos merah :
1. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang & goreng sehingga daging bertukar warna tapi jangan sampai airnya kering.
3. Masukkan sos spageti prego & perlahankan api. Tambahkan 1 cawan air.
4. Masukkan garam & gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering kerana sedap berkuah supaya mudah nak digaulkan dengan macaroni nanti.

Untuk sos putih/cheese :
Masukkan susu segar & tepung gandum ke dalam periuk/kuali dan gaul rata. Masak di atas api perlahan & masukkan parutan cheese cheddar tadi. Kacau sehingga cheese cair & sebati. Sebaiknya sos cheese ni jangan terlalu cair.

Cara menyediakan Mac n Cheese :
1. Gaul sos merah dengan macaroni yg direbus td sehingga sebati.
2. Tuang setengah adunan ke dalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese.
3. Kemudian tuang lebihan macaroni di atasnya dan lapiskan dengan sos cheese (selang seli). Kalau nak lagi sedap taburkan parutan keju cheddar di atasnya dan bakar sehingga ia berwarna kuning keemasan (agak2 je tak sure brapa suhu & masa).
4. Dah siap & ENJOY MAKAN !!!

Garlic Mashed Potato

Resepi ni dah try buat...sedap!!!

Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
7-8 biji kentang - ikut suka nak buat banyak mana (kalau guna Russet potato lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bawang putih yg diketuk
3 sb butter
2 sb mayonis
1/2 cawan susu segar/fresh cream - agak2 ikut banyak mana kentang tu, kalau terlebih kang lembik sgt lak
1 sk black pepper

Bahan-bahan untuk Gravy :
2 ulas bawang putih - cincang
2 sk black pepper
2 sb sos Worcestershire (brand Lea&Perrin)
4 sb kicap manis + 1 cawan air
2 sb tepung jagung + sedikit air (utk pekatkan gravy)
1 sk stok ayam (1/4 kiub)
sedikit minyak untuk tumis bawang putih (guna butter lg sedap)


Caranya :
1) Kupas kulit kentang & hiris nipis2.
2) Rebus dalam periuk, isi air cukup2 untuk menutupi ubi & campurkan sekali bawang putih yg diketuk tadi. Tabur sedikit garam. Biarkan sehingga empuk & toskan air lebihan.
3) Campurkan butter, mayonis, susu segar & black pepper ke dalam kentang yg direbus td & lecekkannya.
4) Lepas dah hancur & smooth siap la mashed potato tu.

Untuk Gravy :
1) Tumis bawang putih & black pepper hingga wangi (jgn sampai garing, tak sedap)
2) Masukkan semua bahan2 kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
3) Sambil kacau, tuang sikit2 air tepung jagung sampai gravy tu jadi tak pekat, tak cair (kalau suka pekat2 tambah lagi air tepung tu)
4) Untuk serve, tuangkan gravy ke atas mashed potato tadi.
ENJOY !!!

Tuesday, April 20, 2010

Puri Nasi (menu si manja)

1st day buat blog baru ni taktau pulak nak masukkan resepi apa. Terpikir nak bersalin dahni nanti bila baby masuk 6 bulan dah start solid food sure time tu sibuk pikir nak masak apa selain drp bg instant food dlm tin tu.

Resepi ni amik dr buku panduan pemakanan anak sihat & pintar. Gambar takde nanti kalau dah buat insyaallah kiter upload gambar.

Caranya :
1. Ambil segenggam beras & masukkan ke dalam periuk.
2. Kemudian, cuci bersih-bersih.
3. Masukkan air ke dalam periuk (sukatan air agak2 je la untuk buat bubur).
4. Biarkan mendidih sehingga nasi kembang.
5. Untuk mendapatkan tekstur bubur yg halus, kisarkan bubur nasi yg telah siap disejukkan menggunakan alat pengisar (blender).

Bubur nasi adalah makanan paling ideal untuk bayi. Bubur nasi juga boleh dijadikan bahan asas untuk dihidangkan bersama puri sayur-sayuran atau buah-buahan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN