Friday, November 25, 2011

IKAN BAKAR TOMYAM

Menu ni dah 2x buat...bagi penggemar tomyam, selain boleh dibuat sup, masak ikan bakar tomyam cenggini pun best...yang penting senang nak buat :)
Resepi refer kat buku senangnya memasak bersama Chef Hanieliza...

gambar selalu tak glamer tau

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis ataupun limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kasturi
  • Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalm kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang. Time nak makan aritu, bila bukak je aluminium foil tu pergghh memang mengancam la bau dia.

Thursday, November 17, 2011

AYAM MASAK MERAH

Jom kita layan Ayam Masak Merah versi buku senangnya memasak AYAM bersama Chef Hanieliza...sedap dimakan, senang dimasak...sangat sesuai digandingkan dengan nasi tomato ke, nasi beriani ke atau nasi putih biasa.


Bahan A
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit

Bahan B (Dikisar)
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato

Caranya :
  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
  3. Masukkan ayam (yang sudah digoreng), sos tomato, bawang besar, garam dan gula.
  4. Gaulkan hingga sebati dan rata.
  5. Hidangkan dalam pinggan.

Tips :
Bagi mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang, simpan bawang yang hendak digunakan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum digunakan.
Bawang juga lebih mudah dan cepat dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN