Sunday, September 23, 2012

Singgah Pulau Kapas kejap :)

Assalamualaikum semua...apa khabar..?? Lama jugak rasanya tuan punye belog ni tak jenguk sini. Mood nak snap gambar & update blog resepi ni kelaut abiss...

Sementara menunggu mood untuk cite-citi bab masak-memasak ni datang balik, jom la kita layan kejap suasana di pulau...PULAU KAPAS!! 
Rasanya ramai di antara kita suka bercuti merehatkan badan dan minda di pulau kan..? 

Alhamdulillah aritu saya sempat singgah kejap di Pulau Kapas, Terenggganu. 
Ekceli kitaorang bertolak dari Paka, Terengganu. Perjalanan dari Paka ke jeti Marang ada la dalam sejam. Oleh kerana ni percutian yang tak dirancang, saya tak sempat pun search kat internet apa2 pasal pulau kapas ni. Kira redah je la ni.  

Dah sampai jeti Marang, en. suami pun tanya la kaunter kat jeti tu pasal parking, bot & penginapan di sana. Alhamdulillah semua takde masalah sebab bukan time cuti sekolah. Untuk ke pulau kapas kami naik speedboat dan tak sampai 15 minit kami dah sampai di PULAU KAPAS.

Air laut kat sana kaler terquoise tau (hahaha jakun sikit)...cantiknye ciptaan Allah, jernih yang amat air laut kat sana sampai boleh nampak ikan2 berenang di tepi2 pantai. Anak2 dah tak sabar nak mandi-manda dengan ikan :)

Jom la layan serba sikit gambar2 ni...enjoyyyy!!!


check in kat Kapas Island Resort

pantai kat depan chalet tu je...jalan kaki dah sampai

pasir haluuuus....

ada swimming pool kat chalet ni...sesuai untuk anak2 atau mak2 yang tak suka mandi laut (anak saya yang kecik tu tak brapa suka mandi laut, dia takut)

chalet ni paling dekat dengan jeti...tu nampak ada bot tengah turunkan  pelancong

jom SNORKLING...ekceli tak pakai pelampung badan tu pun boleh sbb air tak dalam pun dah dah nampak ikan
standby je roti, cubit kecik2 kasi ikan makan, banyak la yang datang nak makan.
Gambar ni best sikit sebab sempat snap ikan tengah makan kat tangan kiter :)

masa naik bot menghala balik, brader tu singga rate h Gemia Island sbb dia nak makan.
Tempat ni eksklusif sikit...saya belum sempat survey rate tempat ni brapa...
bole tengok anak penyu kat sini...
rasanya chalet dia yg kat belakang anak saya tu, macam grand je kan.


dah nak balik...sempat amik pic dengan anak-anak kat jeti Marang
Ni lah serba sikit percutian tak dirancang kami ke Pulau Kapas. Mana2 tempat percutian kalau semua ahli keluarga sihat dan happy, pastinya percutian tu akan BEST!!! Tak kisah la tempat mahal or murah kan..??

Saje nak share je ni...food kat Pulau Kapas agak mahal tau. Nasik goreng rm8 paling murah. Air teh ais rm4. Kalau sesapa nak singgah kat pulau ni kalau nak jimat bab makan, better bawak siap2 dari "darat" (contohnye roti, maggi cup, bubur segera,). Bole beli siap2 sebelum naik bot ke pulau. Tapi kalau tak sempat or tak kisah tentang harga makanan/minuman bole je kalau nak rasa food kat sana. Dari segi rasa & presentation ok jugak la makanan kat sana.

Saturday, April 21, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

Hari tu teringin nak makan nasik lemak...nak beli, kat area sini takde jual nasi lemak ayam berempah. Nak tanak merajinkan la diri buat sendiri ayam berempah ni. Senang dan sedap rupanya Resepi Ayam, chef hanieliza again. Nasik lemak pun ikut resepi kakliza jugak. Aduhai dah jadi macam adik/anak chef liza pulak rasanya :) btw, thanks kakliza. Ayam ni saya perap tengahari, nasik lemak makan masa dinner. Tu dia nasik lemak malam-malam. Sedap tau ayam ni. Rangup gitu.

Sebelum goreng saya taburkan tepung beras ke atas ayam untuk lekatkan rempah-rempah. Saya terbaca tips ni dari blog chematgebu & kakinakl...lenkali leh try resepi ayam berempah diorang pulak.

gambar tak brapa cun
angkat dari kuali terus snap, tak sempat berhias
Bahan A :
  • 5 keping paha ayam
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • daun kari
  • garam secukup rasa
  • minyak masak

Bahan B (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai

Caranya :
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
  2. Perapkan selama 1/2 jam.
  3. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam.
  4. Apabila ayam sudah masak dengan kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.

Tips chef : Menggoreng minyak dengan daun kari dapat menambahkan aroma masakan. Amalan memakan 10 helai daun kari setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Friday, April 20, 2012

NASI HUJAN PANAS

Jarang-jarang masak nasi warna-warni ni...refer buku resepi chef hanieliza lagi dan lagi. Bestnya kalau berkesempatan join class or demo kak liza kan...teringin yang amat tapi masa tak brapa mengizinkan. Sungguh-sungguh minat nih dengan chef hanieliza...try suma jadik, kalau makan yg kak liza masak camana agaknye ekk...teringinnyeeee.

senangnya memasak bersama chef hanieliza, nasi

Thursday, April 19, 2012

MASAK LEMAK LABU

Ni lauk beberapa hari lepas...malu dah bagitau resepi siapa, balik-balik chef hanieliza. Semua buku kak liza dah beli, so apalagi suma try jgn tak try. Sedap laktu. Gerenti menjadi.

masak lemak labu chef hanieliza
Bahan-bahan :
  • 500 gram labu kuning, dibuang biji dan dipotong kecil
  • 2 cawan santan pekat, 1/2 biji kelapa
  • 1 cawan air
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 2 sudu besar udang kering
  • garan secukup rasa
  • daun kunyit

Caranya :
  1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan hingga labu lembut.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan daun kunyit.
  3. Masakkan hingga mendidih sekali lagi.
  4. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.

Tips chef : Labu kuning kaya dengan Vitamin A bagi mengubati ataupun menghindari masalah kulit, sakit mata, rabun terutama pada waktu malam, ketidakseimbangan gula dalam darah, jangkitan penyakit, bengkak pada bahagian sendi, dan masalah paru-paru.

Wednesday, April 18, 2012

SOTONG GORENG KUNYIT

Lauk all in 1...senang sangat takyah resepi bagai la kot. Buat cuci-cuci mata jelah kali ni :)

SAMBAL AYAM

Alhamdulillah...dah kenyang makan tengahari. Sedap pulak sambal ayam versi chef hanieliza ni. Sambal ayam banyak versi sebenarnya kan...resepi kali ni kali ni mmg best. Jom la rasa :)

Sambal Ayam senangnya memasak bersa Chef Hanieliza, Sambal & Sos

Bahan A :
  • 500 gram ayam
  • 2 tangkai serai, diketuk
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar, dihiris kasar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (saya tambah)

Bahan B (untuk sambal) :
  • 15 biji cili merah (saya guna 3 sudu makan cili kering kisar)
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam hingga ayam agak garing.
  3. Tumiskan bahan untuk sambal hingga garing.
  4. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
  5. Kacau rata dan biarkan hingga bawang layu dan sambal naik minyak.
  6. Sedia dihidangkan.

Tips chef : Sekiranya mahu pedas, boleh gantikan cili merah dengan cili kering.

Monday, April 9, 2012

AYAM MASAK KICAP

Jika anak-anak dah suka, maknye pun layan je la menu ni. Ayam masak kicap versi mudah. 

ayam masak kicap

Bahan-bahan :
  • Ayam, disapu dengan garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
  • kentang, dihiris nipis dan digoreng 
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris
  • bawang besar, dipotong bulat
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit lada hitam
  • cili merah, dihiris
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak untuk menumis
  • daun sup, untuk hiasan


Caranya :
  1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap manis. Tambah sedikit air untuk kuahnya. Gaulkan.
  3. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang besar dan cili merah. kacau seketika dan tutup api. Tabur daun sup untuk hiasan dan aroma.


Ni antara lauk yang cepat dan kerap dibuat. 

Sunday, April 8, 2012

SALAD TELUR

Layan salad kiter hari ni. Bahan senang, nak membuatnye pun mudah. Resepinya mana lagi kalau tak dari buku senangnya memasak bersama chef hanieliza, kerabu dan salad m/s 36,37

salad telur chef hanieliza

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur rebus
  • 1 pokok daun salad hijau
  • 3 biji tomato
  • 1 batang timun 


Bahan B (untuk sos) :
  1. Telur rebus dikupas kulit dan dihiris kasar.
  2. Hiriskan tomato dan timun, kemudian bersihkan daun salad.
  3. Bancuh semua bahan untuk sos.
  4. Susunkan dalam pinggan dan tuangkan sos yang dibancuh tadi.
  5. Sedia dihidangkan.


Tips Chef : Bagi memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan sedikit garam semasa merebus. Telur yang sudah direbus apabila diputar akan berpusing elok dan sekata. Manakala telur mentah akan berpusing tidak sekata.

MEE GORENG KARI

Mee goreng kari ni dimasak minggu lepas...masak untuk minum petang. Sedap jugak sekali sekala pekena mee goreng petang2, versi mee segera kari Maggi, guna perencah mee segera. Saper lapar jom layaaanz.

1

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus mee kuning
  • udang, dibuang kulit
  • isi ayam 
  • fishball
  • 3 ulas bawang putih , diketuk 
  • 1 sudu besar cili mesin
  • sos tiram
  • sos tomato
  • 1 peket perencah Maggi Kari
  • kobis, carrot, babycorn
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menumis
  • hirisan daun sup, untuk hiasan
  • hirisan cili merah, untuk hiasan
  • bawang goreng, untuk hiasan


Caranya :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan udang, isi ayam dan fishball. Kacau rata.
  3. Taburkan perencah Maggi Kari, kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan kobis. Kacau lagi.
  5. Pecahkan telur dan biarkan mengeras seketika. Gaul sikit dan tutup api. 
  6. Taburkan hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili merah semasa menghidang.


Friday, April 6, 2012

DAGING NASI KANDAR

Jom layan lauk daging. Ni lauk yang digengkan dengan sup petola udang. Sedap la kombinasi dua lauk ni. 
Pastu sebelah malam daging nasi kandar ni buat cicah dgn roti canai segera/frozen dan roti gardenia. 
Resepinya diambil dari buku senangnya memasak bersama Chef Hanieliza, Daging. Memang senang sangat nak buat. Jom rasa! 

Daging nasi kandar
Bahan A :

  • 500 gram daging lembu (diperapkan dengan 3 sudu makan rempah kari daging) - saya perap semalaman.
  • 4 batang serai, diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato, dibelah empat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 cawan air
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 pokok daun ketumbar
  • garam secukup rasa


Bahan B (bagi menumis) :

  • 2 labu bawang besar, dihiris
  • 4 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih


Caranya :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis, serai dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar. Kacau rata.
  3. Masukkan air, air asam jawa dan garam.
  4. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Tips chef : Sekiranya mahukan rasa lemak, boleh masukkan 2 sudu yogurt.

Thursday, April 5, 2012

TUMIS AIR PETOLA MANIS BERUDANG

Assalamualaikum semua.
Baru lepas jengah blog dapur tanpa sempadan (DTS). Banyak yg menarik kat sana, tapi yg nak try hari ni untuk masak sayur petola. Hari tu beli petola nak masak sup tapi tak sure nak follow resepi mana. Macam-macam resepi jumpa kat internet mahupun buku resepi. So, buat masa ni try yg ni dululah Senang je nak buat takyah bawak kluar blender bagai heheheh.



Bahan-bahan :

  • 1 biji petola manis bersaiz sederhana
  • 1/4 cawan isi udang (saya guna udang kecil)
  • 1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun sup untuk hiasan
  • bawang goreng untuk hiasan


Caranya :

  1. Petola dikupas kulit, cuci dan toskan. Belah dua, kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum. Tambah udang dan masak sehingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan). Biar mendidih.
  3. Masukkan petola dan soo hoon (toskan). Masak sekejap. Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Yang best guna resepi blog DTS ni kan , sangat la detail resepinya. Sesuai untuk sesapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan ni.

Tima kasih banyak2 tuan punye belog DTS :)

Wednesday, April 4, 2012

Menu Lunch - Ayam Goreng Kunyit, Sambal Udang, Sayur Sawi Bertelur

Assalamualaikum kengkawan,

Dah siap masak untuk lunch ke..? 
Hari ni masak awal sikit, kang pukul 1 anak dah nak gi skul (tadika). Sebelum ni lepas masak selalu je lupa nak snap gambar, dah abis baru alaaa lupa amik gambar (dah kenyang baru tingat gambar, bertuoh!). Pastu blog makan-makan ni bersawang tak berupdate.
Lauk-pauk makan dengan kids ni simple je. 
 
Ayam Goreng Kunyit
tambah sayuran carrot & babycorn sikit, kids suke

Ayam Goreng Kunyit
resepi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :

  • 1 keping dada ayam - dihiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 labu bawang besar - dihiris bulat
  • 5 biji cili padi - dihiris serong
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit gula - optional
  • minyak


Caranya :

  1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kari.
  3. Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi dan sedikit gula.
  4. Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing.
  5. Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Sebelum ni kalau buat ayam kunyit tak letak daun kari. Jumpa resepi ni terus try, memang ngancam aroma daun kari dia. Masyih Knor SecubitGaram.

Sambal udang
tak pedas sangat, guna cili kering jenis kerinting
Sambal udang ni versi sendiri, dah banyak kali buat, senang la katakan hehehe.

Sambal Udang


Bahan :

  • Udang (lebih kurang 10-15 ekor)
  • 2-3 sudu besar cili kisar (dalam ni dah ada bwg putih, bwg merah, bwg besar)
  • air asam jawa
  • garam dan gula perang (gula putih pun ok)
  • bawang besar (dihiris bulat)
  • 2-3 sudu minyak untuk menumis


Caranya :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  2. Kemudian tumiskan cili kisar, kacau sedikit dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula (ikut chef wan, dia guna gula perang kalau buat sambal tumis). Kacau rata. 
  4. Akhir sekali masukkan bawang yang dihiris bulat tadi dan biarkan bawang tu layu sikit.
  5. Tutup api. Dah siap. 

Kalau nak sambal versi berkuah, boleh tambah sedikit air then seimbangkan dengan masam, masin dan manisnye. Sedap weh!!


Sup sawi bertelur
kuahnya sedap dihirup panas-panas.
kids kadang2 makan daun sawi ni, kadang luahkan je
suhun diorang suke, telur soheh la suke.
Sup Sawi Bertelur

Bahan :

  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 helai daun sawi - di hiris 1 inci
  • suhun dan fucuk - direndam sehingga kembang
  • 2 biji telur
  • garam atau perasa (kali ni saya tak guna garam, guna perasa Cukup Rasa Maggi je)
  • minyak untuk menumis


Caranya :

  1. Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan air, batang sawi, suhun dan fucuk.
  4. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan serbuk perasa tadi. Kacau rata.
  5. Masuk daun sawi dan telur.
  6. Biarkan telur mengeras sedikit. Tutup api.

Sekian menu santapan lunch hari ni.
Nak teman dak tadika ni baca iqra' kejap, kang kat sekolah dia tergagap-gagap pulak dia nak baca depan teacher. 

Monday, April 2, 2012

Baked Cheese Rice

Waaah lamanya tak share makan-makan kat sini...sempat jenguk-jenguk blog makan sana sini je, tapi nak update blog sendiri asyik tak jadik je.

Hari tu gi Perak, sempat makan baked cheese rice ni, sedap la pulak. Order 1 je pulak tu, share wif 3 kids lagi la sedap makan berebut. Order nasik cheese ni 2 hari berturut-turut, 1st day versi ikan, besoknye versi ayam.
Resepi dia belum sempat search lagi, maybe dah ada orang penah try masak kot. Sedap! Teringat-ingat lagi ni. Kat sini tak jumpa la pulak nasik cenggini.

ada 2 version, topping ayam atau ikan

yang ni versi chicken grill...versi fish dia pun sedap, kids suke.
cheese mozarella kat atas nasik goreng cina

masa bukak penutup bekas ni, nasik tu berasap haaa...panas lagi...errmm yummy!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN