Monday, April 9, 2012

AYAM MASAK KICAP

Jika anak-anak dah suka, maknye pun layan je la menu ni. Ayam masak kicap versi mudah. 

ayam masak kicap

Bahan-bahan :
  • Ayam, disapu dengan garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
  • kentang, dihiris nipis dan digoreng 
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris
  • bawang besar, dipotong bulat
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit lada hitam
  • cili merah, dihiris
  • sedikit air untuk kuah
  • minyak untuk menumis
  • daun sup, untuk hiasan


Caranya :
  1. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan kicap manis. Tambah sedikit air untuk kuahnya. Gaulkan.
  3. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang besar dan cili merah. kacau seketika dan tutup api. Tabur daun sup untuk hiasan dan aroma.


Ni antara lauk yang cepat dan kerap dibuat. 

3 comments:

  1. sejak ada filem Hantu Dalam Botol Kicap, anak2 akak dah tak makan kicap...hehhe...jimat kicap..kalo tidak,sebulan sebotol besar kicap..

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Zie.. feberet ayam masak kicap.. memang tak muak n jemu ngan lauk neh.. he eh he mkn ngan nasai panas2 selera tu...

    ReplyDelete
  3. Kak ck-Haha kelakar la budak2 tu kak...a'ah la kak jimat weh

    Erma-lauk ni sedap tp kdg2 akak masak versi selamat tk letak cili kang anak tkmo...ni kira versi selamat la ni

    Jom makan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN