Friday, April 23, 2010

Macaroni 'n' Cheese

Resepi ni dah pernah buat..sedap tau!! dulu masa buat tak amik gambar pun sbb time tu belum terpikir nak ada blog bagai nii..siap je terus makan..insyaallah ada gambar nanti, kiter masukkan yerr.

Sumber : Resepi Diana

Bahan-bahan (sos merah) :
1 peket (500g) macaroni San Remo (boleh guna spiral atau elbow, ikut suka)
1 botol besar sos spagheti (Prego)
400g daging cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan (sos putih/cheese) :
1 buku 250g keju cheddar - diparut
500-600ml susu segar
2 sb tepung gandum


Caranya :
Rebus macaroni/spiral sehingga lembut (letak minyak zaitun & garam sikit). Dah masak (lembut) angkat & toskan.

Untuk sos merah :
1. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang & goreng sehingga daging bertukar warna tapi jangan sampai airnya kering.
3. Masukkan sos spageti prego & perlahankan api. Tambahkan 1 cawan air.
4. Masukkan garam & gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering kerana sedap berkuah supaya mudah nak digaulkan dengan macaroni nanti.

Untuk sos putih/cheese :
Masukkan susu segar & tepung gandum ke dalam periuk/kuali dan gaul rata. Masak di atas api perlahan & masukkan parutan cheese cheddar tadi. Kacau sehingga cheese cair & sebati. Sebaiknya sos cheese ni jangan terlalu cair.

Cara menyediakan Mac n Cheese :
1. Gaul sos merah dengan macaroni yg direbus td sehingga sebati.
2. Tuang setengah adunan ke dalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese.
3. Kemudian tuang lebihan macaroni di atasnya dan lapiskan dengan sos cheese (selang seli). Kalau nak lagi sedap taburkan parutan keju cheddar di atasnya dan bakar sehingga ia berwarna kuning keemasan (agak2 je tak sure brapa suhu & masa).
4. Dah siap & ENJOY MAKAN !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN