Thursday, April 29, 2010

Paprik Campur

Best la paprik ni. Buat bagi berkuah pun ok. Yang bestnye sbb semua ada dalam ni. Nak letak daging pun ok, ikut stok dalam peti ais masing2.



Sumber : Kak Hana

Bahan-bahan :
Udang segar
Sotong
Isi ayam - dipotong kecil
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - diketuk
beberapa helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 4
5 biji cili padi - diketuk
Bunga kobis, jagung muda, carrot, kacang panjang/buncis
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis
Garam, gula

Caranya :
1. Panaskan kuali.
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi tadi.
3. Masukkan semua jenis sos tadi diikuti dengan ayam, udang & sotong.
4. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.
5. Masukkan serai, daun limau purut & sayuran.
6. Bila dah mendidih, masukkan pula bawang besar & tomato.
7. Perasakan dengan garam & gula.
Semasa menghidang perahkan sedikit limau kasturi.
Jom makan !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN