Wednesday, July 14, 2010

IKAN BAKAR TOMYAM

Menu dinner malam kelmarin. Refer buku resepi senangnya memasak bersama chef hanieliza lagi. Lama2 lunyai buku ni asyik dok dapur hikhik. Nak buatnye sangat senang dan sedap.

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan jus limau nipis atau limau kasturi
  • 1 biji tomato (dipotong 6)
  • 2 biji limau kasturi
  • Aluminium foil

Bahan B (dikisar) :
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil. (Jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.

2 comments:

  1. Syedap tul bau... pes tomyam memang menyelerakan... masam2 n rempah... nak join..

    ReplyDelete
  2. sedap awak..nak buat pun senang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN