Tuesday, June 29, 2010

SAMBAL TUMIS TELUR

Lauk dinner 2-3 hari lepas. Sambil2 rehat petang kat rumah sempat la tengok2 buku resepi Dapur Xpress Chef Kamarul. Nampak lauk telur ni. Selalunya sambal kiter buat simple2 je, ni tengok bahan2 dia sangat2 menarik. Kebetulan bahan2 tu semuanya ada stok, so try la buat.
Result dia FUHH!! SEDAPnyeee..special la rasa dia.
gambar ni tak cun sangat..tapi sambalnye BEST!!


Bahan-bahan (untuk hidangan 2 orang) :
  • 4 biji telur (direbus)
  • 6 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dikisar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar cili boh (saya guna cili kering kisar)
  • 1 cm belacan (saya bakar sedikit)
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu air asam jawa
  • 1 sudu besar kacang tanah - goreng & tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar santan (saya guna susu cair)
  • garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Rebus telur dan goreng sehingga garing.
  2. Tumis bahan kisar bersam serai.
  3. Masukkan pula cili boh diikuti serbuk kari dan belacan.
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak seketika.
  5. Masukkan kacang, air asam jawa dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan santan dan garam.
  7. Tuang di atas telur yang telah direbus, digoreng dan dipotong dua.


"Pastikan telur itu kering sebelum menggoreng kerana jika ada air akan menyebabkan minyak mudah meletup. Jika anda tidak mahu menggoreng telur anda boleh terus sahaja menggunakan telur rebus."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN