Friday, April 6, 2012

DAGING NASI KANDAR

Jom layan lauk daging. Ni lauk yang digengkan dengan sup petola udang. Sedap la kombinasi dua lauk ni. 
Pastu sebelah malam daging nasi kandar ni buat cicah dgn roti canai segera/frozen dan roti gardenia. 
Resepinya diambil dari buku senangnya memasak bersama Chef Hanieliza, Daging. Memang senang sangat nak buat. Jom rasa! 

Daging nasi kandar
Bahan A :

  • 500 gram daging lembu (diperapkan dengan 3 sudu makan rempah kari daging) - saya perap semalaman.
  • 4 batang serai, diketuk
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 biji tomato, dibelah empat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 cawan air
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 pokok daun ketumbar
  • garam secukup rasa


Bahan B (bagi menumis) :

  • 2 labu bawang besar, dihiris
  • 4 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih


Caranya :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis, serai dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan daging yang diperap, tomato dan daun ketumbar. Kacau rata.
  3. Masukkan air, air asam jawa dan garam.
  4. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Tips chef : Sekiranya mahukan rasa lemak, boleh masukkan 2 sudu yogurt.

7 comments:

  1. 3 kali ulang tengok nama resepi n resepinya.. oo memang nama dia daging nasi kandar ek.. nampak cam lite2 jek kan. boleh la try kot anak2 suke. anak2 ni kalau kuah pekat2 kadang tak brapa suke. cam lite2 gini suke jek diorang. tq tq

    ReplyDelete
  2. salam kak zie.. sedapnyer.. mkn ngan nasi warna atau ngan nasi panas2 sedap neh.. nak join sini he he he

    ReplyDelete
  3. Izah...sedap weh...a'ah lite2 gitu...untuk si kecik2 ni tambah telur mata taruk kicap, berselera haaa...

    ReplyDelete
  4. Erma...meh sini bwk nasik kaler2 kita bersila sesama...

    ReplyDelete
  5. alahaiii mmg terliurr..nie x mkn nasi tghry lg nie..mcm nk amik ckit jew..:)

    ReplyDelete
  6. sedap gak ni..dah pernah cuba dah

    ReplyDelete
  7. haaa ni pun satu lg resipi kak liza yg akak suker wat..sedaapkan!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN