Thursday, June 24, 2010

PELBAGAI KHASIAT CUKA

Info ni amik dari majalah mingguan wanita..rupanya berkhasiat jugak cuka ni ekk...sama2 kita memanfaatkan info ini..


CUKA mengandungi pelbagai khasiat. Cuka beras yang memiliki aroma kuat berkuasa untuk menghilangkan bau hamis pada makanan. Cuka epal pula dapat dimanfaatkan sebagai pengawet makanan dan membantu melangsingkan tubuh.

Selain berfungsi sebagai penambah kelazatan, cuka boleh mengatasi pelbagai gangguan kesihatan. Pengaplikasiannya secara langsung ke atas kulit dapat bertindak sebagai antiseptik bagi menghilangkan kegatalan dan kesakitan akibat gigitan nyamuk serta serangga.

Kajian yang dilakukan oleh Arizona State Uneversity menunjukkan cuka dapat memberi manfaat kepada penderita diabetes. Cuka juga dikenal pasti dapat mengurangkan kekejangan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

3 comments:

  1. dpt melangsingkan tubuh tu yg best...jgn minum cuka lak pas ni sbb nak kurus! he he

    ReplyDelete
  2. cili hijau kat taman awak leh buat cili jeruk hikhik

    ReplyDelete
  3. Cuka boleh diambil bersama buah yang masam dan sedikit garam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

IKLAN